Wednesday, April 30, 2008

Isnin yg penat..

mak aku kena operate mata, i mean kena buang katarak dia.

aku hantar dia pagi2 tu ke pantai ayer keroh.dlm kul 8 da smpai sana.aku bwk ilham skali.bio dia teman aku sbb dia xnak g skolah.satu lagi bio dia tlg jaga atuk dia.ilham kan apple atuk dia ni.

masuk OT dalam kul 9.kami xleh masuk.so aku ajak la ilham g sarap kt bwh.lepas mkn, kami pun tgu la kt ward.

aku sembang dgn sorang untie tu.dia warded sbb asthma.untie tu bgus, ramah tamah.cina melaka kan ckp mcm melayu so senang la nak sembang.

dia asik dok kata untung ada anak perempuan boleh jaga mak.anak dia suma lelaki.dahla xnak kawin.ada sorang da kawin menantu lak wat hal.dia bising la kata menantu dia malas.kalu blk melaka, asik dok dlm bilik je.bila time makan tau lak kuar makan.pas mkn, mengeram balik dlm bilik.

hehe.aku ingat orgcina sporting bab2 ni.rupanya sama je.dia boleh ingat mak aku tu kakak aku.cett.dia kata mak aku nampak muda.ke (aku yg nampak tua?)

mak kuar OT jam 10 lebih. kami teman kt wad smpai kul 1 lebih.pastu aku balik uma.

jam 4 amat lak smbung teman jaga mak.aku kt uma membuta sakan.ingat nk masuk opis tpi aku punye la penat.ptg tu kami dtg ganti jaga mak.aku tido sana mlm tuh.

kul 9 aku da zzzz.esok aku nk bgun awal.nak g kl.

Tuesday, April 22, 2008

Hujan

start kul 9 tadi hujan lebat x hingat..

ilham mula2 sakan main dgn ikhwan.gelak punya la kuat.bila segala petir, guruh start berdentum dentam masing2 mula la takut.adik siap nangis lagi mintak kena peluk.

so da hujan kan, kami pun suma pakat nak tido cepat.astro pun asik problem je baik aku tido.

x sangka lak, lepas pujuk ikhwan, aku bagi susu terus suma tido termasuk alif skali.cet..

da tinggal la aku terkontangkanting.malas nak bloghopping sbb aku ingat nakmarking ujian student.jumaat ni dah kena hantar carrymarks.malas sgh aku.

pstt.. ina, nanti ko larat ke nk tanda kertas bnyk2.jenuh woo.


Friday, April 18, 2008

ceh..tak dapat la pulak


aku tak tau le apa perasaan aku..

suma dah tau pak lah x nak bagi bonus kt penjawat awam.huh!

aku sebenarnya frust gak x dapat, walau 2 ribu tapi tu duit gak.sapa nak bagi.

tapi nak wat mcmana.nanti bila bagi trus harga barang naik.mcm dulu, bila gaji kami naik, gila terus harga barang naik.mula2 shapie apdal tu beria la buat rush sana sini, tapi da sebulan terus senyap.tensen gila.

aku kekadang pelik bila baca paper org dok kutuk org kerajaan ni asik mintak bonus.pada aku, ingat suma ke mcm tuh.

tapi aku pelik la, member aku yg keje company yg ada share governmnt suma dpt bonus durian runtuh punye.bsn lagi la..dahla kami naik gaji depa pun naik gaji.kami x dpt bonus, depa dapat lak.padahal govermnt yg bagi tuh.

hah! tu xde lak org nak ngamuk marah org bsn.padahal cuba korang g bsn.kalu kt bndar melaka ni, harap beso je bsn, kaunter yg ada org buat keje cuma 2 je, tg yg ada org tapi sembang ada 8.x caya ko dtg la sini.

pada aku, x dapat xpe, dapat lagi baik..aku tetap mcm ni, maintain..

Aku yang HAngin


Hangin betul aku....

tadi lepas magrib ada sekumpulan mat rempit versi basikal dan motor kapcai busuk berkumpul kt hujung jalan uma aku.dahla ramai pastuh memekak ngalah jalan tuh dia beli dgn harga RM188,800.000 lak.aku pun panggil alif dan kami pun pura2 la membuat gardenning kat luar tuh.

hanginnya bila kami keluar diaorg lagi selamba mewilly depan uma.aku pun sound je la direct-adik, jangan la bising, respect la sikit orang-aku mmg da xde perasaan dgn mat rempit nih.malu tgk anak bangsa aku, org melayu agama islam tpi memekak dpn uma org mcm org hilang akal atau bahasa kasarnya mcm org bodoh mak bapak x ajar.

aku nak je tanya depa, kalu aku memekak depan uma mak dia, agak mak dia marah tak.kalu tak, aku nak je mewilly dpn uma mak diaorg.dapat 15, 16 lap pun jadik la.baru ko tau perasaan aku.

aku da nekad tadi kalu diaorg memekak lagi, samada aku keluar gate maki direct atau aku call polis.aku ngan polis area nih dah bagai pakwe n makwe.bagai adik n abang..awww..

sah!bdk2 hingusan tuh buat x kisah.so aku trus call balai.kebetulan yg angkat tu pakwe polis aku tu,c verus..huhu..terus buat aduan dan verus kata dia akan call terus patrol car ke sana.(huh, tengok pakwe polis i, cekap bertindak-misti esok dia mai uma, dia ni org kampung alif)

5 minit pastuh aku dgr ada org jerit- polis woi, lari cepat, polis- tau pun takut polis budak2 hingusan ni.dan berdesup mat rempit nih lari mcm x cukup tanah. padan muka.

eeeeeee..geramnya aku.apa la agaknya ada kt pikiran anak2 muda ni yek.dahla skolah x pandai,perangai busuk lak tu.cuba la depa nih ikut mendiang boon siew honda tu.member tu mmg la belajar x pandai, baca pun x tau.yg dia tau sign nama dia je.tapi ko tgk la mcmna dia blh beli honda malaysia.kaya raya jgn citer la.

ini mat rempit naik motor honda ex5, tu pun bapak punye.ntah2 spender pun masih mak yg belikan.

hangin puting beliung aku ni kalu dtg lama nak surut nih..so dgr la kau aku membebel.

isk..sedih aku ngenang org melayu kitanih.ni belum minah rempit yg perasan lawa tu.aduhai, dahla bont*t itam, pakai sluar lower cut lak.isk, aku sampai kdg2 geli mata tgk.kaedahnya lembu pakai skirt lagi cantik.kekadang aku heran gak, agak mak dia x marah ke.kalu mak aku dah dicilinya, dicarut2 lagi aku nih.x berani aku.

tu la dia..aku sentiasa berdoa agar anak2 aku dan semua darah daging aku xde la jadi mcm ni.jadilah org berguna, ilmu tak tinggi tapi kalu perangai baik, lama2 tuhan akan luaskan lagi pintu rezeki tu.

ni da la (isk x habis lagi) iskk aku x kuasa nak tulis lagi.buat penat aku je.

Saturday, April 12, 2008

Cuti yang best

kami stat cuti dari 5/4 hingga la hari ni.seminggu cuti semester.tu yg aku suka kalu skim x tukar.dpt cuti semester.best apa.kalu student cuti 2 bulan, kitaorg punyelah round the world..ada org kata mcm cikgu skolah, tpi cikgu kena gak g skola waktu cuti sbb ada miting la pengetua panggil la itu la ini la.kami elek.kalu cuti tu, berani la ada org nk paggil g opis.hehe


so aku hanya menghabiskan masa kt uma je dgn famili aku.best kan.ada hari aku x masak kami makan beso kt indori tu lagi.kalu x g KS.nasib baik bulan ni kena bajet, kalu x mmg aku da heret suma g ukur pavillion tuh.
layan anak kt uma mcm ginilah.sekejap menjerit, kejap ketawa, kejap darah berderau (sbb ikhwan da pandai naik slide n turun kepala dulu) kejap ilham kena marah kejap laki aku mengamuk kejap aku membebel kejap itu ini.seronok la.lagi seronok kalu suma adik beradik aku ada, huh kecoh yarrabbi..budak cuma 6 org je tpi ya allah.jenis masing2 x reti dok diam, misti nak melenting2.
masa slide kt luar-skrg aku da bwk masuk dlm uma.sian slide ni melusuh kt luar
x puas main kt luar, main panjat2 lak kt dalam uma
berkembor lak dlm bilik-main sembunyi2 bwh selimut
sambung lagi kt dpn tv -mengemas lak segala cd dan mainan yang ada
adik da give -up, baru pas ngamuk, sumbat susu seblum tido
tapi ada gak yg x best cuti ni.apadia?hah, ni dia..
aku ada 4 beg assigmnt, kuiz n ujian student yg nk kena marking.siapa yg nak tlg marking aku upah.leh muntah kalu tanda paper bnyak2 nih.








Monday, April 07, 2008

Ikhwan is ONE!

hah, anak aku da setahun daaaaaaa..huhuhu..sekejapnya masa berlalu.


setahun yg lalu, kul 6 pagi aku da gerak ke pantai ayer keroh.doktor suh dtg awal sbb turn aku yg kedua.


dlm kul 8 gitu aku da siap utk dihantar ke OT.mmg aku pilih utk caesar, mmg aku dasar penakut segala,so aku da pk panjang n dpt permission alif maka aku rela lah perutku ini dibelah utk kedua kalinya.Ilham dulu sbb lemas.

masih aku terbayang aku mengigil sbb sejuk n takut.da dlm OT tu suma tutup mulut smpai aku da xleh cam mana dr vishnu ni.dah la alif xleh masuk.masa tu mmg aku nekad ni da last la.aku takut.


masa ikhwan keluar je, nurse dgn dr bgtau anak aku putih mcm cina.dr vishnu asik la ckp ikhwan ni muka sabah betul.(dr ni penah keje lama kt kospital QE, KK).tapi mmg ye pun, aku rasa ikhwan ni mirip betul alif-perangai je yarabbi ikut aku.tensen betul.




tu la dia setahun nan lalu.ni ikhwan najmi da setahun.6/4 tu kami kt cherating so x celebrate.cuma kalu dia nangis kami nyanyi lagu besday dia misti gelak.


aku plan dulu nk wat besday dia kt uma.tpi da gitu gini terpaksa la tukar plan.nak sekalikan besday dia, mak, diat n amat.ntah masa besday ilham kot bln 5 kang.harap2 la jadi.


aku amat mengharapkan anak2 aku bila da beso akan sentiasa menjaga aku n alif.tau la anak lelaki ni, jgn bila da kawin, kami ni dilupakan.huhu..mmg la akan kuungkit suma jasa dan pengorbanan ku selama ini.hehe..tpi tau la hati seorang mak kan.mana sanggup buat suma tuh.


moga allah memberkati perjalanan hidup anakku yg amat lasak ini, dan moga allah berikan aku kesabaran yg maha agung kerana hanya DIA sahaja yg tahu betapa kadangkala payahnya bila anak aku sama perangai dgn aku nih..adik, mumy loves you more today than yesterday..

trip to cherating

weekend lepas kami ke cherating.family day jbtan alif - staf mekanikal.


aku rasa ni la 1st trip kami pegi berempat je(selain balik tambunan).selalu kalu nak g jalan aku suka hangkut mak and adik beradik aku suma.best apa g ramai2.nak gosip ke gaduh ke suma boleh.

sbbkan alif pon bru balik besut maka dia mmg x hingin nak drive.so kami g ramai2 naik bas poli.ilham punye le excited naik bas.lari sana sini.jakun tul anak aku.aku rasa last aku naik bas utk jalan jauh ni masa kt uum dulu.da 7 ke 8 taun lepas.pastuh suma urusan naik flight je.ekeke..kerek.

ni ilham and adik masa tgh tgu bas.ilham penat gile sbb bru balik skolah.adik baru mkn losen mumy.hehe


family day mecky ni ok la, staf suma sporting.suma xde hal punye.aktiviti pon orait la, x penat sgt.yg x best nya cuma resort tu la.dah la busuk, service pon cipan je.ni la kalu melayu punye business.aku nk komplen bnyk pon xleh la sbb da ikut alif kan.lain la kalu jbtan aku yg buat.mmg 7 hari 7 mlm aku hangin je.masa dlm bas pon best la x bosan sbb depa ni karaoke.rock kapak lak tuh.

ilham mandi kolam x reti nak naik smpai kena hangkut ngan alif

ni ilham dgn geng skolah dia-aiman.dia ni punye la lasak.member ni prnah lari keluar taska waktu mkn, pastu x reti jalan balik.nasib baik ada org kt situ hntar balai, kalu x, nahas.

pehhh ilham-x lekang dgn spec tu sepanjang kt sana.naik menyampah aku tgk.manataknya kalu mlm2 pun pakai smpai x nmpak jalan.

ni hari last sebelum check out.

so trip akan dtg adalah ke langkawi bln 7 nih.aku beli aasia promo 6 sen taun lepas.hah ni aku hangkut suma mak n intan sefamili.pas raya aku nk g lawatan ke kk.ni under jbtan, aku handle.almaklumlah kk tu kan tempat jatuh lagi dikenang.hehe.pastu seperti biasa krismas ni kami menyambut la di tambunan sana.apalaga..araimatiiiiiiiiii.

Thursday, April 03, 2008

Baru!

aku tetiba rajin nak tukar background nih.

sbb tgk ina punya mcm cantik je so aku lak tgh mood baik, maka jadila mcm nih.

ok la ek utk aku yg x terer ni.kemas dan sesuai la dengan status aku.

bye, da kul 5 aku nk chow..

Tuesday, April 01, 2008

Cradle of Lies

mlm td aku n anak2 dok uma bertiga je. mak n intan pas makan da gerak balik kl.oh tinggal la kami 3 beranak dimana aku je yg bunga rosnya.hehe.alif on d way dari Besut, ntah kul 4 pg kot baru smpai.

so aku pun suh budak2 ni tido awal.bentang toto dpn tv, bg dua2 minum susu, smbil tepuk2 ikhwan tu kami pon layan la tom n jerry.(ilham mmg wajib tgk TNJ tiap2 hari-C616)

abis TNJ x sangka lak dua2 boleh ttdo.cepat lak.anak2 aku ni agak rindu kot kt dady dia.dgn aku pon mcm nk cari gaduh je.hmm..lepas depa tido je,aku pon tercari2 la movie yg best smpai la aku terlayan citer nih.

Cradle of Lies.uhuh best citer nih.aku jarang layan hallmark tapi ntah citer ni menusuk sket la.
Citer ni pasal husbnd yg curang pastu pakat dgn gf baru (bju merah) nk jatuhkan wife dia(bju hitam).dia sanggup suh org rape bini dia sbb dia tu mandul n desperate nk dpt anak lelaki bg mewarisi harta datuk dia.500 juta tuh.

aku suka sbb wife dia lawan balik husbnd dia walau dia tgh sarat mengandung.oh bestnya.aku suka bila wife dia berjaya transferkan duit hubby dlm acct dia n buat husbnd dia huruhara.

kagum dgn pompuan mcm nih.benci kdg2 kalu tgk pompuan yg slalu menyalahkan diri sendiri bila tau hubby curang. ada la kawan baik aku yg pesen ni.dok kata x pandai layan suami la, x pandai masak la, x pandai itu la ini la hok hek la.

hmm..mana ada manusia perfect kan.kalu ada salah tu sama2 le perbaiki, ni nak cari org lain lak.**ud**t lak tu. hisk..benci aku.

alif sampai kul 4.30 pagi.alhamdulillah..lega hati mumy tgk dady da balik.yuhu..da x mandom la lagi aku lepas nih.