Tuesday, May 27, 2008

APA RA DEPA NIH

disebabkan aku dah siap keje, maka aku pun bloghopp la blog depa-depa nih.

kira sejam jugak la buang masa mcm tu.tpi dalam sejam tu mcm2 yg aku baca.

aku ni bila baca org punye, aku slalu baca komen2 org dan blog kwn2 depa nih.sbb apa tau?sbb ko boleh tgk, dia misti lebih kurang je.

kalu blog kawan2 aku suma sepesen je.yealah, umur kami da 33, apa nak mengarut tulis yg x penting2.mostly tulis pasal keje yg menimbun, anak2 yg membeso, pasal holiday, pasal jahit baju, jahit langsir, nk masuk uma baru, belajo mengaji etc.suma kira org2 dewasa punye citer la.

dan suma akan citer selamba je la.kami xde keje nk tulis anak aku pakai bju jenis ayam ke kambing ke atau laki aku bg hadiah cincin berlian 48 karat.bukan apa, kalu aku, aku malu beb.kang org kata eleh, bru beli cincin tiffany da berlagak.tu yg malas tuh.

tpi td aku terbaca la satu blog yg mengutuk satu blog yg lain.ada ke penulis blog ni buat blog hanya nk kutuk sorang yg dia x suka ni?hiss..bnyknya masa dia ni.aku nk update blog pun malas nauzubillah.

ntah la ek.aku x menangkan mana2 pihak pun.sbb dua2 aku x kenal.tapi aku paham la keadaannya.susahla bila blog ni menjadi satu medan utk kita laga2kan org.

tpi kdg2 tensen gak bila baca blog org citer yg membanggakan diri hatta dunia ni dia yg punye.aku slalu jumpa blog mcm tu tpi aku MALAS nk ambik port.sbb aku tau realitinya misti la x mcm tuh.

Tuhan jadikan kita ni utk tempuhi suma dugaan yg mendatang.kalu hidup kita ni asik dpt nikmat je, tu tanda tuhan nk tgk kita sedar diri ke tidak.

aku pernah tanya ustazah aku masa skolah dulu.napa ada org yg tuhan jdikan dia pandai, cantik, terer sukan, peramah etc.napa tuhan jadikan aku ni x berapa pandai, comel ala2 je dan kalu lumba lari misti dpt num.2?hehe..

ustazah aku jwb, bila allah jadikan kita serba sempurna di mata org, DIA nk tgk kita bersyukur tak dgn nikmat diberi.syukur tu bukan ucap alhamdulilaah je tapi bila dia bnyk duit, syukur dia adalah dgn beri sedekah pd yg miskin.bila dia pandai, syukur dia adalah dgn mengajar kwn2 dia yg x berapa pandai tu (mcm aku) dan bila dia cantik, syukur dia adalah dgn sentiasa berdoa agar peribadi, kata2 dia pun cantik mcm mukanya.sbb bila tidak bersyukur, tuhan akan ambik suma nikmat yg dia beri.sekelip mata hilang.

kata2 hikmah tu mmg aku akan ingat sampai mati aku rasa.dan kata2 tu la buatkan aku slalu ingatkan diri bila aku cdg nk tuko langsir baru sempena raya ni, hati aku akan meronta, aku ni x bersyukur tau, ada org uma pun x mampu beli lagi.aku dah ada ni nak berlagak2 lak beli lagi langsir mahal2.(mcm tu lah ayat dia)

gitu lah dia kita ni manusia.sentiasa rasa x cukup je.bersyukur la ek sblum tuhan tarik nikmat yg dia da beri selama ni.

ohh entry ni da mcm al-kuliyyah la pulak.

Keje aku da siap

Dengan bangganya aku da siap suma carry marks student2 aku nih.wahh..bangga tul la. sbb selalunya hujung2 semester ni slalu aku n alif tgh semput memarking suma kertas2 student.

kali ni aku lak siap awal.bukan sbb apa pun..sbbnya adalah KJ aku telah mengeluarkan arahan suma PB wajib hantar Isnin lepas. mandatori.so aku pun pulun la, weekend lepas stay up suma bagai sbb nk abiskan jugak marking.

skrg aku da relaXX..tinggal tunggu final mgu dpn.bestnya..

so masa lapangku ini akan kuhabiskan dgn main Sudoku dan segala game yg ada kt internet.

Tuesday, May 20, 2008

APA??

aku dgr berita utama ari tu, Dr. M keluar UMNO ye??Bio benar??

terkejut giler.bukan apa pun.sbb dia buat mcm tu pun sbb ada org cabar dia masa perhimpunan org2 melayu kat kedah nun.

aisey Dr.M, dia ni skrg bnyk wat kacau la.. kalu pk balik, dia mcm almarhum Tengku Abdul Rahman dulu masa DR. M baru2 jadi 1st man.at last, dia kata org tua tu nyanyuk.hehe

aku suka ikuti isu politik negara.masa kt U dulu, aku sanggup berhimpit2 dtg dewan kuliah masa sanusi junid dtg nak kempen anti DSAI.

senang citer, politik tu very the dirty la.masa org tu naik, ko ampu la org tu, masa org tu jatuh, ko pijak la dia.kan?

tapi kes Dr. M ni sket sebanyak mempengaruhi gak org melayu kita nih.kalu ikutkan, suma pemimpin kita mati kuar UMNO.Tun Abdul RAzak je yg setia dgn UMNO.

apaapapun, aku syg org melayu aku.buatpe la kita nak gaduh sana sini, marah, piket, kutuk, maki etc sesama melayu.ni kan tanah melayu kita.sama2 la kita menjaga kerahmatannya.

Friday, May 16, 2008

Lega dahhh

PMM baru habis konvokesyen ke 4 nya.

aku cukup,cukup LEGA..

sbb aku mmg terlibat secara langsung utk majlis tu.

jadi team sambutan n protokol ni mmg la bnyak kerenah tetamu dan ibubapa.aku kekadang menyampah dgn org melayu kita nih.ko bayangkan, ada ke org datang konvo anak kul 10 pagi dikala majlis start kul 8 pagi?

pastu aku punye la geram kt ibubapa ni, da tau majlis tu lama, makan la sarapan siap2.ni dah lapar dalam majlis salahkan kami lak.bo**k betul.pastu ko bygkan, adake org g konvo anak bwk roti la segala makanan g dalam dewan konvo???????????

pelik tul aku.mak aku pun org kampung.tapi dia educated.keje bgus, gaji beso.tapi bila g konvo aku n adik2 beradik aku xlah nak menunjuk mcm org bijak pandai.ni semalam ibubapa ni bila aku tegur majlis da mula (sbb dtg kul 10), siap boleh marah lak."eh anak aku sorang tu ada degree tau"ek eleh, abis ingat, aku xde ke.master la beb"itu aku cakap dlm hati le.

dulu masa aku konvo, mak aku kul 5 pagi da bgun.sarapan suma siap2.dalam dewan nak g toilet pun takut.bwk blazer suma bagai sbb dia x tahan sejuk.ni, dahla asik ulangalik g toilet, pastu marahkan kami sbb kelaparan.depa x tak tau, kalu x pensyarah2 ni la yg luluskan anak depa, tak konvo tak budak2 ni.

patut la pensyarah poli makan hati ajar student poli ni, manataknya, makbapak depa pun kurang hajar...sori la ek.aku cakap berdasarkan pengalaman aku incharge konvo student utk 4tahun berturut2.

tapi x suma macam tuh.ada makbapak yg dtg jauh dari felda tpi cukup2 la bgus.kira mcm mak aku le.duduk diam, bila anak naik pentas nangis.huhu..ni lah feel yg sebeno.

apa2 pun aku lega da suma dah selesai..beban kt bahu aku dah hilang separuh.separuh lagi beban adalah nak siapkan carrymark budak2 ni.final exam lagi 2 minggu.

so adios.hari ni aku rehat sepanjang hari setelah 4 hari aku keje dari 6.30 pagi-7.30 malam.

Tuesday, May 13, 2008

Happy mothers Day

Selamat hari ibu utk semua yg bergelar ibu, mak, mama, umi, mumy dan semua yg sekutu dengannya..

aku sambut kt kl.best giler walau aku diperdaya.baca sini la senang citer sket.

wish ni khas utk bondaku, HJH JAMILIAH MD.NOH atau nama manja kak milie dan mamatua ku yg jauh nun di Tambunan sana, JULIA PODOT atau timangannya mimie dengan ucaPAN..

terimakasih menjadi ibu yg begitu sempurna sehingga aku dan alif berjaya di tahap kami sekarang dan kami sentiasa sedar diri walau di bumi mana kami berada.

"thanks mak sbb didik org walau dengan tegas, garang tapi itulah yg menyebabkan org jadi ORG"

"thanks mamatua kerana merestui perkahwinan kami walau applenya terpaksa bertukar agama yg 27 taun dianutinya.timakasih kerana menerima aku seadanya aku dari 1/11/2002 hinggalah kini dan selamanya."

sayangila ibu kita selagi mereka masih ada.

Thursday, May 08, 2008

Alhamdulillah

tadi result PTK utk bulan Mac lepas da kuar.aku punya la cuak sbb tiap tahun x larat nak tau resultnya.

akhirnya aku lulus gak paper PTK tu.syukur, alhamdulillah.

taun lepas, setelah 3 kali ambik, aku lulus penuh paper khusus.

taun ni, setelah 4 percubaan, aku lulus penuh paper am.

Gila tau PTK ni. aku rasa org keje gomen je yg tau.aku masa 1st ambik study maut punye.tgk2 hampeh.so taun berikutnya aku malas nak study.

ari tu aku x baca pun.tgk2 boleh lepas lak.alhamdulilah.

harap2 aku akan cepat g 44.cepat naik, cepat tambah gaji, harap2 cepat la kami nak g haji.insyaallah.

Tuesday, May 06, 2008

Ko nak apa?Boy ke Girl?

kat opis aku suma pakat tgh tambah famili member, tmbah askar, dari 2 ke 3.

aku plg ngeri sbb dulu waktu musim dari 1-2, aku pun terjebak sama.ni nak tmbh ke-3 aku rasa nanti la dulu.sbb aku mcm biasa, kalu tmbh misti belah lagi perut.kwang,kwang, kwang.

so nak tmbah askar.ko nak baby apa?boy ke girl?

aku masa 1st pregnant, nak bby girl.minat sgh.aku siap perasan anak aku mmg girl.sbb masa tu aku suka pegang saputgn.geli tak?aku sampai da ada nama.karmila natalie.(alif trus tolak bila aku porpose nama ni)

hehe..aku misti pegang saputgn, yang mana handkerchief(belasah ejaan) tu misti sama colour dgn handbag aku.kekeke..opismate suma pakat nyampah sbb aku ni mmg la bukan jenis mcm pompuan2 ayu gitu, tiba2 ada saputgn.apa barang?

tpi bila scan trus nampak ***, aisey, boy la.trus aku buang saputgn tu sbb xnak baby aku kang awww, mak, nyah..

bila 2nd prgnancy aku x kisah da.boy ke girl asal anak aku sihat dan aku ok.alhamdulilah dapat boy lagi.masa ni sbenarnya aku mmg nak boy.x tau la apasal.dan seperti biasa, bila 1st scan waktu 2 bulan da nampak anunya itu.

ada member aku da 2 girl teringin yang amat nak dpt boy.hubby dia smpai merajuk2 bila 2nd bby tu girl.siap salahkan wife lagi sbb x dpt boy.(apa ada kaedah ke nak dpt boy ke girl) dan kenapa wife lak yg salah?apa wife buat sorang2 ke sampai prgnant?

betul ke orang kata husband selalu nak anak lelaki sbb nak ada waris?betul ke?

ada member aku lak da 2 boy mcm aku.takut nak prgnant lagi sbb takut boy lagi.dia kata anak lelaki tak jaga mak.hmm..aku nampak point tu.tapi jiran mak aku anak dia 5 lelaki.suma bagus2.belaja pandai, keje bagus.jaga mak lagi.

so ada mcm2 versi.aku x kisah boy ke girl.suma anak2 aku akan ku train supaya akan menjaga aku dan alif hingga ke akhir hayat kami.

aku pun bukan jenis suka jaja citer kepandaian anak mcm ada orang selalu buat.betul kan?ada ramai org aku kenal suka mcm tu.anak dia je bagus, anak aku x.anak dia je minum susu, makan segala yg berkhasiat tapi anak aku tak.anak dia je bijak tpi anak aku tak.cett..

sbb tu aku suka kwn dgn org seumur aku nih, sbb depa suma walau gaji tinggi melanggit tapi still,still humble gilababas.aku respect!!

takkan la nak tulis kot anak aku minum susu pediasure, persalinan suma oshkosh, bju uma gap, baju tadika guess dan sebagainya?hehe..aku x le sesaiko tu..tidak..tidak..

eh apa aku merepek ni?so ko nak apa?

tanakwagu ke sumandak?

Thursday, May 01, 2008

Trip to KL

selasa ari tu aku kena escott student g lawatan keskybridge klcc.


best sket trip kali ni sbb bwk bdk pandai kan so depa ni dlm bas diam je.kami yg sakan memekak.lagi satu depa ni punctual.so x yah nak ckp bnyk2 kali.senang kira la.

kami g suma bwk anak.so tau la kecohnya.aku bwk ilham.dia ni suka naik bas plus mmg minat sgh klcc.

dalam bas-ilham asik tanya je mana klcc?

kami singgah jap kt istana negara semata2 nk ambik gambar dgn kuda n guard.

ni kat planetarium.1st time aku jejak ke sini.suma pasal angkasalepas-aku x minat le beno


kt skybridge-aku mcm biasa gayat yg amat, nak gambo pun kena peluk ngan ana.


ilham n izat-budak 2 org ni kemana2 xleh pisah.pastu lari sanasini.

aquaria- dia mcm underwaterworld langkawi.tgk anak aku kalu posing misti senyum mcm tu








cuba kome tgk muka ikan pari ni?mcm muka org kan?korang pernah x baca kt internet dulu konon ada anak kena sumpah dgn mak dia jadi ikan pari?hah, masa tu dia tunjuk la gambo ikan pari ni.aku rasa citer tu tipu sbb mmg kt sini suma ikan pari muka mcm ni.besar kan kuasa tuhan..

kami smpai uma jam 7.45petang.alhamdulilah, sampai gak hajat nak bwk ilham g skybridge tu.lain kali boleh g lagi bwk mak aku lak.