Sunday, November 23, 2008

1 week to final

(gambo ni xde kaitan dgn entry aku- saje jo aku letak)

Student aku ada seminggu lagi nk final exam.

Masing2 tensen mcm hapa, konon2 x cukup masa nk study.cett. mcm la aku ni dulu bukan student.pelik kan budak skrg, bru buat diploma tpi kecoh ngalah buat master.jumaat lepas aku bru adakan sesi ala2 kaunseling dgn student semester 6 sbb depa dah jdi mcm org psiko.ada ke patut mlm pre graduate ni depa xnak pegi sbb bz nk exam.hampeh betul.

aku rasa zaman belajar adalah zaman plg best dlm hidup la.dan zaman belajau skrg x sama dgn zaman kita belajar dulu.aku dulu, walau homesick, bercinta, bergaduh, still habis gak degree acctg tu 3 1/2 tahun.ni tak, student skrg, asal bercinta sket, misti kantoi semester.ntah apa2.

pastu budak skrg, tiap minggu misti balik kmpung.kang kalu kt kamsis tu ada buat aktiviti, mengamuk sbb x boleh balik.bila dah ngamuk, habis mcm2 vandalisme yg dibuat.haprak tul.kita dulu dpt balik sebulan sekali kira bersyukur.pastu student skrg pakai handphone suma 3G.kalu xde 3G malu x terkira.belajar bodoh xlak dia malu ye.aku dulu zaman U dulu manaada tepon bimbit ni.suma pakai public je.boleh lak kita bejaya ek.

so dah lagi seminggu nk final ni, aku pon seperti biasa sibuk buat PB diaorg.kena submit jumaat ni.tu yg weekend lepas aura marking tu dtg, habis suma paper student aku dah siap marking.hasilnya PB depa aku dah siap, yg teruk kain bju uma aku ada 2 bilik x lipat!

ohh aku rindunya kenangan zaman sekolah, zaman matrik, zaman degree & zaman master aku dolu-dolu..

kenangan, demi kenangan menjelma kini.kau hadir dlm bayangan, lalalala

Tuesday, November 18, 2008

Visit Terengganu 2008

aku baru balik terengganu ahad lepas.

aku kena bawak student final sem. ke UMT dan UDM. penat wehh tpi seronok giler. sbb bawak budak2 beso kan so depa ni dah mcm kawan2 kita je.

kami bertolak jumaat malam tu naik bas poli dan selamat tiba ke poli gak ahad tu kul 2 pagi.

ari sabtu tu kami pulun g ke taman tamadun islam, masjid kristal n pasar payang.kt TTI ni, ada dlm 20 replika /monumen masjid tercantik/terbeso/terunik di dunia.kagum gak tengok masjid2 tu sbb dia buat exactly mcm yg asal.tiket masuk dewasa rm10, sbb kami dlm grup dpt la rm9.

kt masjid terapung tu aku x masuk kt dlm.konon nk sembhyg sunat tpi tgk mahluk punye la ramai kt dalam so aku malas le.masjid ni kecik je, tpi cantikk.

malam tu kami dinner kt restoran terapung puteri.(sedap la kt sini). balik dinner tu terus balik hotel, sbb budak2 ni suma dah lepak. aku pun penat sebenonya, sbb ptg jumaat tu tadika ilham ada penyampaian hadiah.
tpi kami bertiga ni lgsung xleh tido.lepas belek2 batik yg masing2 beli, kami trus pegi karaoke.mlm pun masih muda masa tuh.hahaha, sungguh la lama aku x menyanyi ni, skali nyanyi punye la lama.sebenonya member aku , ana yg beria nk g, aku mcm shy2 cat gitu, tpi dah diajak2, mana mampu aku nk tolak ye.lagipun sekalisekala kuar bujangan ni, peluang mcm ni umpama emass.





ahad tu kami trus ke UMT.janji mmg kul 830.x sangka bila kami smpai tu dr.shaari ni dah tunggu.dan lagi tak sangka, dr tu punye kemeja ala2 sama dgn baju aku.ciss..dan lagi aku x sangka dr.shaari ni junior aku kt uum dulu.(kawan2 uum aku, ina, zira, nora, ayu, norizan, isk, norma, ko kenal x dr.shaari ni?, batch matrik 102-202, deg. acctg)


wahh..lagi la aku tensen sbb dia da ada PHD.dan dia siap ckp, aku da ngajau 8 taun kalu kt U dah dpt DS 52 dah.ohh bencinya aku.dia bgtau la kwn2 aku bnyk jdi lecturer u.mcm agus munalis la, amalina la, hazlina haron la(ni aku yg ckp).hmmm.cikgu matrik, cikgu fuad tu pun aku jumpa kt UMT tu.sihat lagi org tua tuh. kome ingat x cikgu tu?

so ko tau la bila jumpa para akademik ni citer tu suma pasal akademik la yek.so aku pon rasa ala2 ilmiahnya la bila sembang dgn para dokterat ni.nasib la c shaari ni junior aku so boleh la huha sikit.kalu x, mmg la aku keras.hahaha

lepas ke UMT, kami shopping lagi di pasar payang sebelum ke UDM(Uni.Darul Iman).aku rasa kali ni shopg mmg la best sbb xde askar yg ikut kan.bnyk gak aku borong, yelah, tau la kami para penjawat awam ni wajib pakai batik ari kamis.so kt sini je la yg murah +cantik. yg best bila aku x cukup tgn je nk angkat brg, suh je student aku angkatkan.tu yg aku asik menambah je.


kami gerak balik ke melaka jam 5 ptg. singgah kemaman utk sembhyag + makan+mandi.aku tido dgn sempurnanya atas katil ala2 mewah aku jam 3 pagi..semalam (isnin) big bos aku bg kami bertiga cuti.seronok la aku membuta.

trip kali ni pd aku mmg best.rasa taun dpn mcm nk ke sini lagi.taun lepas kami pegi, KT ni masih bnyk lum membangun.kali ni aku rasa dah bnyk tmpt boleh lawat.cuma tahap kebersihan toilet di masjid dan tempat awam masih tahap D lagi la.tu je yg kurengg.

ni cuti2 sekolah ni, moh le kita ke terengganu.

bereh bos!

Monday, November 10, 2008

Akhirnya..

semalam waktu sebelum magrib tu mak ada bgtau satu berita baik.

"Ayah Sh. Fatimah da bagi green light kt amat, so amat kata kita dah boleh masuk meminang"

hohoho..meminang....ni kira berita sgt gembira bagi aku dan seluruh ahli keluarga kami.setelah sekian lama, akhirnya pak arab ni setuju gak terima adik aku jadi menantu@anak hantu.hahaha

sebenonya kisah cinta adik aku ni pd aku mmg la tragik.kdg2 rasa mcm drama swasta kt tv lak.bayangkan la, berkawan stat ambik diploma dulu kt ITM manjong smbung smpai la buat degree kt UITM Shah Alam dan sambung lagi hinggala sekarang.campur tolak adala lebih 10 taun kawan.

bg keluarga aku, Sh Fatimah tu betul2 la menantu pilihan.selain berbudi bahasa, warak, dia mmg la cantik.maklumla jenis arab putih melepak ni.bonus bagi aku sbb dia kaya.eseh..

tpi bg keluarga belah sana lak, adik aku ni x setaraf depa la.PAk Sheikh tu pernah bgtau amat, dia hanya nak Syed/Sheik saja jadi menantu dia.sbb depa ni keturunan nabi muhammad.adik aku, ahmad nazman hj. abd. malek tu bukan keturunan nabi.cett..tapi masa tu adik aku ni pun jahat, ada ke dia balas balik, kami keturunan nabi adam.tu yg Pak Sheikh tu lagi begang!

tpi walau bnyk mana rintangan pun, aku respek kt dua2 pihak ni.mcm amat, setiap kali dating, misti datang uma Pak Arab tu minta kebenaran nk g jalan.dan bg Sh. Fatimah lak, apa2 hal akan call mak aku utk tau info terkini tentang org tua tu.dan plg dasyat da bnyk kali mereka nk berpisah sbb dah x tahan dgn PAk Arab tu tpi masih lagi kembali sbb rasa sayang tu da lama mengikat depa.cewahh..

aku slalu gak tanya dgn kwn2 arab aku, kenapa susah sgt Pak Arab nk terima menantu melayu?

dan kebanyakannya menjawab:
1. Melayu bukan keturunan nabi
2. Syed/Sheikh lagi baik dari Melayu
3. Pak Arab rela anak pompuannya x kawin lgsung dari kawin dgn dgn melayu.
4. Org melayu bnyk bidaah. suka buat kenduri.org arab kenduri time mati n kawin je.org melayu beranak kenduri, potong jambul, akikah, sunat sum ank kenduri.masa ni aku ingat lagi, akak arab ni siap boleh nk tinggi2kan sore lagi ngan aku.tpi aku jawab senang je.org melayu suka sedekah.bila buat kenduri, kita sedekah kt org.sedekah jariah kan boleh tolong kita nanti.

huh.begitula.aku pon x boleh komen sgt.nanti bila Sharifah tu dah jadi adik ipar aku boleh la aku komen mcmna.

setakat ni, aku berdoa agar jodoh diaorg kuat.sian aku tgk masing2 mengharapkan buah yg x gugr.insyaallah bila jadi kendurinya taun depan, aku jemput kawan2 aku suma makan nasi beriani gam kt batu pahat!

Tuesday, November 04, 2008

Ancasa Allsuites Resort & Spa

last weekend kami ada family day kt sini.family day department aku.

kira ni dah kali ke2 aku ke sini, 1st time dulu masa meraikan cousin aku yg dari CAlifornia balik.so best gak la pd aku hotel nih compare dgn hotel lain yg ada di PD. selain apartment dia yg beso dan bersih, kedudukan dia yg kt betul2 belakang pantai teluk kemang.so x jauh nk mandi laut.cuma ari tu pantai tu kotor plus ramai mat2 rempit.

kali ni family day aku jadi urusetia so xleh nk join game depa.tpi seronok la sbb aku incharge bahagian buat goodiebeg utk kanak2.sakan aku membeli jajan la mainan la.layang2 pun aku beli.ye la dah dok tepi laut kan.kira puas hati betul.

aku kan jenis kalu nak g mana2 mmg akan angkut mak n adik beradik aku.seronok ramai2 n bising2 ni.so bila da ramai paham2 je la bila bwk barang menimbun2 esp ration dan segala makanan bagai.bukan x boleh beli cuma pd aku lebih jimat dan senang.kang kalu anak aku lapau, seluk je bakul tu mcm2 makanan ada.tinggal nk makan je.pulak tu ilham n ikhwan jenis kuat berlari kesanasini @ berteromba org johor ckp.jadi asik la cepat lapar.

so layan gambo je ek.aku dah kepupusan idea dah ni.






so sesapa yg nk g bercuti bwk family atau bercuti ramai2 ni bolehla lepak kt Ancasa ni.(nak berkurik kendi pon best sbb ada karaoke n spa) boleh ambik apartment mcm aku ambik atau ambik bilik je pon ok.hotel ni kt pantai telok kemang, kira sebelah je dari tapak pesta PD.

pegilah bercuti, segalanya ada di Malaysia!