Sunday, January 10, 2010

2010 - a good start

Selamat taun baru semua, walau aku lambat wish 11 hari tapi ok la, better late than never.

Taun 2010 start dgn happy dan tenangnya.maklumlah krismas lepas aku x balik sabah so kami ada bnyk masa utk prepare hal2 umah tangga spt beli brg2 skolah ilham, sampul semua buku skolah kebgsaan & skolah agama, cari taska utk ilham transit dan spent lebih bnyk masa dgn mak & semua adik beradik aku.

kalu tak setiap awal taun kami baru jejak kaki ke melaka pas2 huruhara nk setel skolah anak, etc etc. cakap pasal beli brg skolah ni, mmg betul la skrg ni kena gaji beso kalu nk anak ramai.ilham sorang je itu ini plus yuran darjah 1 & sek. agama da 700+. ini pun baju skolah agama beli murah kt ten ten. kalu buat sendiri lagi la mahal.aduhai.
Puratanya aku habiskan cuti hujung taun di melaka & uma adikberadik aku je. xde plan nk kemana2 (yg jauh dari kl) sbb aku x sempat nk booking hotel. dari bulan 11 smpai la ke 24/12 sibuk buat MQA tu separuh mati. so ni suma gambo kami bergather, kami pakat adik beradik suma kena belanja makan bergilir2. (amat& fatam:turm mu bila lagi)

dimulakan dgn abg aku yg belanja makan ikan bakar-korang kalu nk makan ikan bakar kt melaka time cuti skolah, dtg la seawal 6 ptg. kalu dtg pas magrib alamat la kul 10 baru dpt parking.punya la ramai manusia.pastu xyah la nk makan kt umbai ke crystal bay ke-pegi trus kt restoran terapung tu-cepat sket.

ni di saat birthday iman daniel@nina di kfc ;ni mak iman le bayau.huruharanya saat ini-payah la kalu bawak 7 mahluk kecik ni berjalan.fenin!




atuk mili& the 7 dwarfs, hahaha- kt uma aku, kami wat barbeque




kami g ulu yam berpiknik-joint cousin aku kak nani.kotor le ulu yam tu. da la masuk kena bayau, tapi tempat xnak jaga.







ni yg latest la - ilham di sekolah. taun ni budak darjah 1 plg ramai student lelaki. aku rasa kt setiap kelas darjah 1 student lelaki adala dlm 15 org.nang pompuan adala dlm 7 org. tu yg budak2 laki ni asikla beteromba.1st day skolah aku tunggu la smpai habis, bukan sbb apa pun, sbb ilham asik la berlari dgn kawan2 dia.pastu asik la lompat kusi.kalu ada budak nangis, dia g gelak2. penat tul




ni la kawan ilham dari umur 3 taun taska sama2 sampai la 7 taun ni.suma skolah sama.hafiz aiman, anak opis mate aku. kt bawah tu gambo waktu rehat, pas makan laju2 suma pakat masuk kelas sbb nk main.ilham sibuk bukak stokin sbb panas.ntah apa2. bagi duit belanja pun xleh banyak, kena ngam2.stakat ni aku bagi sek keb RM1.80 sehari.RM1.00 makan nasi lemak, 30 sen air, 50 sen tu utk kecemasan. pd ilham kecemasan tu adalah membeli pensil atau pemadam kt koop skolah.(hari2 misti shopping kt koop) sek. agama aku bagi 1.00, pun khas hanya utk beli jajan je.

skrg rutin mmg la berubah.hidup aku stat dari kul 6-10mlm. pas 10 mlm kalu ada manusia yg hidup lagi dlm uma tu misti esok suma akan lambat.apa2 pun hidup misti diteruskan, taun 2010 adalah taun kuat bekerja sbb kami plan nk tambah askar lagi! chaiyok!

Monday, November 30, 2009

10 things u should know about a true blue johorean!

(aku dpt dlm webmail aku mgu lpas, gelak sakan gak baca, walau aku IC 04(melaka) tapi aku membeso 100% sbgai anak johor, layan ek, ni aku ambik je ayat asal dari member aku plus yg merah tu pengalaman aku le sendiri)

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-Ni awak punyer ekk?Nama awak saper ekk ?Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?Dan macam-macam ekk lagi.

Dulu aku kt uum pon slalu kena kutuk sbb guna ekk ni.benci je..ye lah org kedah guna ayat suma kasaq kasaq.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak pandai** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).

Kalu aku, aku cuma ckp mcm tu (ayat yg hujungnya o) bila jumpa org MUO je , hahaha, Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar), gobok dll

4. They are brash with a CRAZY sense of humour.Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak pelik with the brashness of budak-budak Johor.

mcm aku, kalu makcik2 aku yg belah segamat tu cakap lagi le kelako!aku dgn adik aku, intan, selalu terguling2 gelak kalu dgr maklong siah dgn makwe aku bersembang!

5. Diorang ada ENDUT **.Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat : Haa...kau dah ada endut ekk ?Kau pergi berendut kat mana ?Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandi. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ?

Masa aku skolah kt TMS dulu, ptg2 balik skolah misti rebut nk beli sagun.ntah apa yg best pun aku xtau tapi heaven la kalu dpt makan sagun.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat /minah Rock .

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.

sepupu aku azah pon dulu ada cita2 nk jadi minah rock, hahaha.siap minat Awie mcm hapa.

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang

Telur pindang ni mmg la keistimewaan org johor. smpai skrg pun, telo ni misti ada dlm majlis kawin. kalu aku g kenduri kt melaka ke mmg la dpt telo rebus je, kdg2 dpt le telo masin.tpi still xle calen telo pindang kami.

9. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!

TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore! Sapa yang rajin merayap Muor, nampaklaa kat kiri kanan jalan tu.

masa aku kecik pon arwah ayah aku sibuk nk pasang arial singapore.skrg mak aku pon, da ada astro pon bising suh pasang aerial singapore!

Apa lagi EKK?

ha, org johor suka bahasakan diri "kita-kita".amatla sopan santun yek.

pastu penggunaan "kamu" tu amatla jarang digunakan.sbb pd kami mcm kasar je bunyinya.

masa aku kt kedah dulu, slalu gak kecik ati bila org ckp dgn aku guna perkataan kamu. tapi lama2 da x heran la. skrg pon kt kelas aku jarang guna kamu, aku lebih suka guna awak atau korang semua.ntah apa hal pon aku x pasti.

best jadi org johor ni.bila da bergaul dgn ramai org ni, kita da boleh kenal tempat asal diaorg dari bahasa yg digunakan. mcm org melaka, depa kasaq sket, sama mcm org kedah. org kedah kebanyakkannya gelap.hehehe org perak yg aku perasan, org perak suma cantik2. x caya ko survey le kwn kita yg perakian, suma sweet je. kalu org johor selain suka ckp ada ekk tu depa pandai masal sambal tumis.gila sedap.kalu sabahan, suma sopan santun.aku x pernah jumpa org sabah kasaq. tapi kalu bajau sabah, lain le ek!

ni pengamatan aku le.lain org lain pengamatannya kan.tapi aku bangga le, lahir melaka, membeso di batu pahat(johor), belajo separuh mati kt kedah, keje kt sabah, kawin org dusun sabah dan menetap skrg kt melaka.cukup suma penjuru aku pegi.

Kamus Johor :

Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan.
Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

Sunday, November 22, 2009

Sweet home alai perdana, yeah!

Kami mmg cadang taknak g mana2 weekend ni.da lama rasanya tak berpeluk anak beranak kt depan tv sambil golek2 atas katil tau, hehehe. aku ada bnyk benda da plan nk buat, tapi yg wajib aku buat ialah update blog yg da basi ni plus baca suma blog yg aku suka. satu lagi yg aku dan alif nk buat ialah tgk sampai muntah dvd dragonball siri 109-153.

kami yg fanatik dragonball

dlm xnak kemana2 tu, c ilham ni sibuk le ajak g library.konon dia nk masuk pertandingan mewarna dgn kwn2 sekolah dia.so di pagi sabtu yg hening, jam 830 pagi kami da terpacak kt libaray merlimau tu. c ikhwan smpai mengamuk2 sbb kena mandi pagi2.

mula2 suma ok, maksud aku c ilham.dtg dia tgk ramai kwn2, dia da stat memeluk alif.belakang bila mula je pertandingan tu, mcm2 hal dia buat.bygkan, di kala 30 org kanak2 lain boleh lepak je mengaler, anak bujang aku sorang boleh menangis la, mengamuk la.tensennya hai.

ikut hati mmg nak suh dia xyah masuk je, tapi kena paksa gak dia berani dan boleh bersosial.kalu cam gini perangai, mau taun depan sekolah aku kena tunggu sampai 2 bulan!

ilham ni ada perangai alif sket, hehe..dlm pada nk pujuk c ilham ni kaler, aku x perasan ikhwan da kaler buku library tu.aduhai, nasib baik le librarian tu x nampak. tgk le anak aku yg gigih mengaler!

ikhwan ni ok, dia ni ada perangai aku sket.cuma x tahan, habis suma org dia tegur, org berlari dia pun berlari, org jerit dia pun jerit.setitis air mata pun x mengalir x mcm abg dia. hehehe

pas 1jam15min ilham mengaler (dia org 2nd last siap) kami pun nak gerak balik.malas nk tgu result sbb perut da lapau. tgk2 kt luar library ada klinik gigi bergerak.aku saje ajak ilham jumpa doktor check gigi dia, tgk2 dia nak! punye le terkejut. kan aku da kata dia ikut perangai alif! kalu ikut aku, mana berani jumpa doktor.bau ubat pun takut!

gigi ilham ni ada 1 da goyang.dari dia tercabut sendiri, baik suh doc cabut.tgk beraninya anak aku.tadi suruh kaler menangis2, pelik betul aku.

smpai uma je, suap depa nasi ayam trus suh tido. aku janji dgn diaorg ptg kang nk ajak berkebun.skrg ni semenjak pokok2 aku menjadi, mcm gila sat dgn pokok.balik bp pantang tgk pokok mak aku cantik je trus nk memunya.

pokok periuk kera, mak aku bagi.


setiap hari aku ajar budak2 ni supaya tgk pokok2 ni.kalu ada tunas baru tu tanda pokok sihat. masing2 pun ada pokok sendiri.so setiap hari depa excited tgk pokok2 ni. kdg2 smpai bergaduh2 lak. gambar atas tu ikhwan dgn pokok dia. lepas gunting rambut, muka trus mcm gangster.
ni keladi kesayanganku.

ni utk tatapan atuk mili, gambo cucu2mu yg rongak dan botak! chow..

Thursday, September 17, 2009

Salam Syawal

Salam Aidilfitri.

Esok kami chow balik bp.setiap tahun mmg x gaduh punya, raya balik bp, krismas balik sabah.sungguhla perkongsian pintar.haha

persiapan raya kali ni simple je. rasa tiap2 tahun pun mcm tu gak. cuma taun ni bju raya aku da siap dgn elok dan cantiknya.taun lepas untie kim(tailor) x sempat siapkan.taun ni hah kau, smpai 3 pasang siap.menangis bila nak bayarnya.cis..da la xde bonus.huh!

taun ni punya ramadhan pd aku plg best sbb mak ddk uma aku lama(3 mgu). so kalu aku lmbat bgun sahur dia boleh kejutkan. awal mgu ari tu bila aku dah hantar mak balik, kami suma x bgun sahur.ada ke bgun kul 615? semalam pun kami bgun 645. bila da bgun lmbat ni, aku suh je ilham makan.kang sian lak mamat tu nk posa.

taun ni pun ilham da belajar posa penuh.aku pun x sangka dia kuat semangat.ingat budak lelaki susah nk posa, rupanya senang gak. tapi tahan gak le nk pujuk dia posa masa mula2 tu. ada jenuh tiap hari aku bg dia duit raya plus belikan dia air milo.(dia nk buka air milo) mak aku pun sakan asik goreng mee sbb ilham suka makan mee. lama2 dia da ok, alhamdulillah..

Selamat Hari Raya & Maaf zahir Batin utk semua. Ohh x sabaunya aku nk raya..

Monday, August 24, 2009

Back to normal

salam ramadhan,

aku da lama x update.busy yg tahap melampau sampai aku rasa kdg2 kt opis tu aku nk duduk pun x sempat. ni pun disebabkan puasa, aku ada gap 2 jam sebelum aku masuk kelas ptg.

ada beberapa info pasal diri aku yg aku nk share. sori le kome kena baca panjang2 dan sori le entry aku xde gambau:
1. miscarriage

seminggu sebelum kenduri smbut menantu kt uma mak aku, aku miscarriage.masa tu aku kt bp, kebetulan blk weekend sbb nk tolong mak kemas uma. sungguh la aku x sangka, anak ketiga ni aku x sempat jumpa.mula2 tu mmg le rasa down, tapi bila doktor kata bby tu sebenonya ada problem, aku jadi kuat.mmg betul ada bnyk hikmah.lepas gugur, aku dptla mc seminggu so bolehla aku stay uma mak dan bantu apa patut.

utk geng kurikkendi, sori le aku x inform.masa tu mmg aku perlukan masa dan space utk aku.

2. majlis smbut menantu



alhamdulillah selesai sudah majlis sambut menantu di uma mak.rasa ringan sket bahu.terimakasih x terhingga aku berikan kepada semua makcik2 belah mak aku.aku rasa adikberadik mak aku ni mmg kaya dgn amalan tolong-menolong.kalu x mampu sumbang wang, tolong tenaga pulak.isk, aku memang respek la anak2 tok peah ni!


p/s : wan, kita cilok gambau

3. 18 jam kt mengajar

semester ni aku ngajau 18 jam kt seminggu.sesak oi.kadang2 kelas aku berderet 4 jam, kdg2 6 jam.kebetulan sem ni aku pegang satu portfolio besau dlm jabatan so 18 jam tu mmg berat.(cikgu skolah ngajau 24 jam tau seminggu, lagi letih).nasib baik le students kali ni suma bijak pandai.kalu dpt yg lemau mcm kuih basi, mmg lgi sakit.

4. mak sakit masuk hospital

lepas majlis uma mak, mak aku tiba2 demam.mula2 ingat nk suh dia masuk hospital pantai bp tpi bila aku pk balik kang sian lak moksu aku nk jaga.kang ada dua2 dok katil sebelah menyebelah.hehe.so aku balik bp di ptg ahad yg hening dan mlm tu gak kami blk melaka. selasa tu bila tgk mak masih dmm, barulah kami ke putra specialist.

sebenonya ada citer lawak pasal mak aku ni.kebetulan ari selasa tu aku kelas 4 jam straight. bila aku kuar kelas kul 12 tu aku pelik la aku terima berpuluh2 miss call dari makcik2/cousin aku.rupa2nya moksu aku da inform suma makcik2 aku yg mak aku demam teruk.moksu aku ni gembeng(sori moksu, hehe), so bila dia cl mak aku dan sore mak pun serak plus sedih, dia pun menangis le sakan.pastu habis suma makcik2 aku pun menangis sakan bila dpt tau mak aku demam.

kesan dari tangisan moksu aku ni menyebabkan makcik aku di pontian bergegas dtg ke melaka.cousin2 aku pun dtg gak.ye lah mak ni jarang sakit, sekali bila dia sakit, suma org panik.

kelakar gak bila ingatkan.tapi aku seronok sbb di kala aku sibuk di hospital ramai sedara mara yg dtg menolong. thanks bebanyak utk acik aku sbb tolong lipat baju kami sekeluarga yg menggunung mcm gunung berapi.

sepanjang seminggu mak kt putra, alhamdulilah ramai makcik/pakcik aku yg datang melawat.kira seminggu tu uma aku mmg hiruk pikuk jadinya. life mmg sebahagiannya di hospital.walau penat tapi bila tgk ramai yg datang tiap hari, kita jadi kuat dan happy.

alhamdulilah mak cuma gastrik dan ulser perut.aku mmg positif mak xkan sakit teruk sbb dia mmg xde kencing manis atau sakit buah pinggang.dan rasa bersyukur bertambah sbb dia ada ambik insurans.bila kecemasan mcm ni la baru kita nmpk insurans tu penting.

eh aku da penat.kang bila2 aku sambung lagi le.ada kelas kul 3 kang.

"salam ramadhan almubarak utk suma"

p/s: jangan gaduh2 nk blk raya kt mana.

zira, aku raya bp taun ni(mmg kt bp pun tiap2 taun, haha)