Monday, August 24, 2009

Back to normal

salam ramadhan,

aku da lama x update.busy yg tahap melampau sampai aku rasa kdg2 kt opis tu aku nk duduk pun x sempat. ni pun disebabkan puasa, aku ada gap 2 jam sebelum aku masuk kelas ptg.

ada beberapa info pasal diri aku yg aku nk share. sori le kome kena baca panjang2 dan sori le entry aku xde gambau:
1. miscarriage

seminggu sebelum kenduri smbut menantu kt uma mak aku, aku miscarriage.masa tu aku kt bp, kebetulan blk weekend sbb nk tolong mak kemas uma. sungguh la aku x sangka, anak ketiga ni aku x sempat jumpa.mula2 tu mmg le rasa down, tapi bila doktor kata bby tu sebenonya ada problem, aku jadi kuat.mmg betul ada bnyk hikmah.lepas gugur, aku dptla mc seminggu so bolehla aku stay uma mak dan bantu apa patut.

utk geng kurikkendi, sori le aku x inform.masa tu mmg aku perlukan masa dan space utk aku.

2. majlis smbut menantu



alhamdulillah selesai sudah majlis sambut menantu di uma mak.rasa ringan sket bahu.terimakasih x terhingga aku berikan kepada semua makcik2 belah mak aku.aku rasa adikberadik mak aku ni mmg kaya dgn amalan tolong-menolong.kalu x mampu sumbang wang, tolong tenaga pulak.isk, aku memang respek la anak2 tok peah ni!


p/s : wan, kita cilok gambau

3. 18 jam kt mengajar

semester ni aku ngajau 18 jam kt seminggu.sesak oi.kadang2 kelas aku berderet 4 jam, kdg2 6 jam.kebetulan sem ni aku pegang satu portfolio besau dlm jabatan so 18 jam tu mmg berat.(cikgu skolah ngajau 24 jam tau seminggu, lagi letih).nasib baik le students kali ni suma bijak pandai.kalu dpt yg lemau mcm kuih basi, mmg lgi sakit.

4. mak sakit masuk hospital

lepas majlis uma mak, mak aku tiba2 demam.mula2 ingat nk suh dia masuk hospital pantai bp tpi bila aku pk balik kang sian lak moksu aku nk jaga.kang ada dua2 dok katil sebelah menyebelah.hehe.so aku balik bp di ptg ahad yg hening dan mlm tu gak kami blk melaka. selasa tu bila tgk mak masih dmm, barulah kami ke putra specialist.

sebenonya ada citer lawak pasal mak aku ni.kebetulan ari selasa tu aku kelas 4 jam straight. bila aku kuar kelas kul 12 tu aku pelik la aku terima berpuluh2 miss call dari makcik2/cousin aku.rupa2nya moksu aku da inform suma makcik2 aku yg mak aku demam teruk.moksu aku ni gembeng(sori moksu, hehe), so bila dia cl mak aku dan sore mak pun serak plus sedih, dia pun menangis le sakan.pastu habis suma makcik2 aku pun menangis sakan bila dpt tau mak aku demam.

kesan dari tangisan moksu aku ni menyebabkan makcik aku di pontian bergegas dtg ke melaka.cousin2 aku pun dtg gak.ye lah mak ni jarang sakit, sekali bila dia sakit, suma org panik.

kelakar gak bila ingatkan.tapi aku seronok sbb di kala aku sibuk di hospital ramai sedara mara yg dtg menolong. thanks bebanyak utk acik aku sbb tolong lipat baju kami sekeluarga yg menggunung mcm gunung berapi.

sepanjang seminggu mak kt putra, alhamdulilah ramai makcik/pakcik aku yg datang melawat.kira seminggu tu uma aku mmg hiruk pikuk jadinya. life mmg sebahagiannya di hospital.walau penat tapi bila tgk ramai yg datang tiap hari, kita jadi kuat dan happy.

alhamdulilah mak cuma gastrik dan ulser perut.aku mmg positif mak xkan sakit teruk sbb dia mmg xde kencing manis atau sakit buah pinggang.dan rasa bersyukur bertambah sbb dia ada ambik insurans.bila kecemasan mcm ni la baru kita nmpk insurans tu penting.

eh aku da penat.kang bila2 aku sambung lagi le.ada kelas kul 3 kang.

"salam ramadhan almubarak utk suma"

p/s: jangan gaduh2 nk blk raya kt mana.

zira, aku raya bp taun ni(mmg kt bp pun tiap2 taun, haha)

8 love me.hate me:

Sweet said...

alhamdulillah mak e da sehat. kim salam mak-e yerh. mak kita mmg cmtuh. cepat menitiskan air mata. huhuhu. kelako tol part smerk makcik call n smerk nangis2.

Tok Zu said...

alhamdullah !

kerana terlalu rapat ngan mak awak,tu yang mak su sedih bila dia sakit.
nampak nya raya ni tak da la geng wat kueh

Mai Okinokiyo said...

bab mak kite tu betul.wahh acikkene dtg umah kite plak.ada kain mcm gunung berapi gakk bukan jek membuak2 haha ampeh..

kak suria tak aci raya balik BP jekkk

Kopi Suam said...

all in one....yaya aku rasa masa kita jumpa2 kurik kendi tu rasa mcm ko ada mentioon pasal ko peknen...kan ko baru pergi check up pagi tu kan..

apa-apa pun tabah ok..ada hikmah di sebalik segalanya...

nanti bila dah balik melaka inform aku..aku raya ketiga baru balik melaka.

DeLinn said...

yaya

banyaknyaaa jam kredit ko. Aku hehehe 6 jam kredit sajork. tu yang rileks tu. tapi ye lah, aku ni tutor aje.

pasal mak ko tu, aku boleh imagine la cemana ramai sedara mara datang melawat sebab mak aku dulu kan warded kat ijn sebulan. mmg bertali arus orang datang dan kita ni rasa seronok jugak kan bila tau ada jugak orang ambik berat.

take care yaya

Norae said...

salam yaya...

lama benar aku menunggu updates.. bz rupanya, anyway salam tahniah & takziah. Banyak benar dugaan yg berlaku kat ko rupanya.

Aku doakan mak ko cepat sembuh & inshaallah, ko dimurahkan rezeki lagi.. utk dapat baby baru. Kadang2 Allah ambil something dr kita supaya dia boleh bg bende lain yang lebih baik. Take care & selamat menyambut Ramadhan.

ya2 said...

to all,

thanks 4 your concern.i luv u la...

rai,
awak tau la mak awak kan.kita smpai panik gila bila suma call menangis2.haha

moksu,
cmna projek kuih raya kita?
mak kata dia masih partner moksu lagi..thanks a lot sbb bnyk tolong bagi semangat kt kita.

mai,
tangisan mak awak mmg berjaya membuat baju kt uma kita suma berlipat.best betul.

awak bygkan, bukan setakat lipat baju, siap tlg masak n kemas uma lagi.rajin betul diaorg!

ya2 said...

zira,
perut ko misti da beso kan.bestnya.
rasa raya ketiga aku masih still kt kmpung.xpe, bila2 ko blk sini,cll je la kita g makan mi tengkera yg sodap tu..

inaaaaaaa,
lamanya mak ko kt ijn. tpi alhamdulilah dia da sihat kan.
mmg penat na, 18 jam mcm hampeh!
kdg2 aku nk mkn pun kena curi2.

nora,
thanks sbb menunggu updates aku.hehe.mmg bnyk dugaan beb.kdg2 rasa mmg betul la tuhan bg dugaan utk kita kuat.

i luv u all beb!