Wednesday, October 29, 2008

busy

aku da stat bz..

eheh, mcm la org lain x bz ek.tpi yelah, utk tenaga pengajar mcm aku, bulan2 terakhir sebelum student start final exam adalah masa plg dibenci, iaitu masa nk habiskan silibus dan siapkan carry marks.arghhh..aku x suka marking paper budakkkkk.

so kelas aku 18 jam per week.penat, ari selasa kelas aku dari kul 8-4 ptg.lagi berpeluh keti**ak.

mgu ni kt opis asik la ada jamuan raya..syoknya la bila dpt makan free kan.tgk2 rupanya esok da last syawal.kejap je masa tu berlalu.aku yg cadang nk posa sunat(baca as posa ganti, yg berhari2 bnyknya) pun x stat2 posa lagi.

oh da nk kul 2.aku ada kelas sat g.bye!

Wednesday, October 22, 2008

Outstation

aku baru balik outstation.dari senin - rabu. x jauh pun aku pegi.batu pahat je.g observe student practical.

aku g berdua dgn big boss aku.ingatkan xleh gossip2, rupanya kepala dia sama je dgn aku.so xlah aku buhsan dlm keta.

kami lojing kt uma mak aku.sbb mak aku xda so urusan makan minum suma kt kedai je la.

ni boss aku dropkan aku kt opis sbb aku ada keje sket nk buat.esok aku bru nk start kelas setelah 2 minggu aku x masuk kelas.giler penat!

psst.. norizan, esok aku tanyakan kt cikgu tadika tu ek.sori la aku lupa tul.

bye.

Sunday, October 19, 2008

Visit Sabah, bah!

Kami baru balik bercuti ke sabah.dari rabu smpai jumaat lepas.saje je kali ni kami g berjalan2, kang krismas baru kami balik tambunan sana.


Trip kami ni ada 5 family, dari sepatutnya 26 org yg pegi, tinggal 15 org je yg tinggal.bgus la, senang sket nk handle.sebenonya tujuan asal nk wat benchmark kt poli kk tpi atlast jadi cuti2 malaysia.best sungguh!

dinner di kampung nelayan

Seperti biasa, suma tmpt2 tu aku dah slalu beno pegi tpi kali ni sbb pegi dgn kwn2 kan so feel tu lain sket.kk pun skrg dah best.last aku balik bln 6 taun lepas.x sangka bila dtg kali ni, tgk kk dah pesat membangun.shoppg mall pun dah bnyk.ni bru ada umpph nk balik sabah.haha..



antara tempat menarik yg kami g :

  1. Lokkawi Wildlife PArk
  2. Kampung Nelayan
  3. Pasar Philipin
  4. Tamu Kampung Air (lagi murah dri Pasar Pilipin)
  5. Poring
  6. Taman Kinabalu
  7. Kundasang

Kalu ke sabah ni, benda yg wajib korang tgk adalah Gunung Kinabalu.memang la amat2 cantik, cuma gunung ni amat2 la pemalu.ada member aku ke kundasang baru2 ni punye la frust sbb gunung ni langsung x tunjuk muka.padahal member tu stay kt pine resort.dari bilik dah boleh nmpk gunung dpn mata.

dari tingkap bilik hotel kami di pkk
alhamdulilah, masa kami dtg ari tu kinabalu mmg menunggu2 kami agaknya.sbb dari kt bilik hotel tu kami dah nmpak kinabalu.cantik sungguh!masa kt kundasang pun kinabalu x henti2 jengukkan muka walau cuaca sejuk dan berkabus.kira kami betul2 beruntung. di pekan nabalu
taman kinabalu
Kira aku betul2 puas hati trip kali ni.selain tuhan mudahkan urusan perjalanan kami dari mula hingga ke akhir, tanakwagu yg 2 org ni xde buat hal sgt.selain tu semua menu makanan kami dri kt hotel, kampung nelayan,anjung selera, grace point hinggalah ke pekan nabalu suma sedap2 belaka.kira puas hati sungguh la.

dan yg plg aku suka, luggage aku punye la sikit compare kalu balik sabah sebelum2 ni.ada 3 beg je.satu bakul susu anak aku, kotak frozen food n beg bju.suma skali 17.7kg.kami pernah bwk brg smpai 70kg tau.mcm nk nangis.

so bulan 12 kang kami akan ke sini lagi.masa tu aku nk jalan sakan uma member2 rapat aku nih.rasa x puas jumpa sekejap je ari tuh.kali ni kami blk lama sket kot.mungkin dlm 2 minggu, insyaallah.

datang la ke sabah!kalu ada promo aasia dpt la return tiket rm150.kalu naik MAS, return tiket dlm rm800+.Buat la pilihan bijak.Anda mampu mengubahnya.

Saturday, October 11, 2008

Syawal 1429

Skrg baru aku ada masa nk menulis ttg raya taun ni.almaklumlah, hari ni kami serba kekenyangan sebab jiran tetangga buat open house.

aku rasa akulah manusia plg best dlm planet ni sbb bila raya je x kira la fitri ke adha misti balik uma mak aku.time krismas je balik uma mak alif.sungguh la hebat.haha.(ina, masuk la geng aku, hiks!)

kami blk bp isnin, saje blk lambat skit sbb takut nk tinggalkan uma lama.maklumlah raya2 ni.

taun ni, mmg la extra meriah sbb suma balik bp plus cucu mak dah bertambah.lebih2 lagi ada c seshem ni. dia ni merupakan sekor dri 8 ekor kucing aku.sbb dia yg plg cun, so kenala bwk takut kena curik org.

rutin kami masa raya x bnyak berubah cuma 1st raya tu mmg lansgung x blh kuar uma sbb tetamu dtg bertaliarus.maklumlah, besan mak aku yg sorang ni org bp gak, so semua kaum kerabat lukman dtg melawat mak.aku mmg respek dgn family adik ipar aku ni, very la humble walau sumanya org senang2.

raya ke 2 dan ke 3 baru kami bwk mak ke rumah sedaramara di rengit, pontian dan jb.keluarga aku mmg la besar.dan aku mmg la rapat dgn diaorg.x sah kalu jumpa ni kalu x bergoss kan.haha..dan tag line bgi gossip raya kami ialah "lari".hehe..

so dah ramai2 ni biasa la keje2 uma mmg la kena diagih2kan.gila penat la kalu suma org yg sama buat.seperti biasa tugas memasak,adik aku intan yg buat.dia mmg terer.kak ipar aku kejenya melayan 6 org mahluk kecik tu esp.suapkan makan dan lipat baju.alif n lukman tukang settlekan menu barbeque kami, abg aku n amat tukang basuh pinggan esp periuk belanga yg beso2.

aku?mcm biasa, keje aku ialah mengemas dari mop lantai, kemas uma, sidai baju dan sewaktu dgnnya.aku mmg suka mengemas..plg aku tensen bila katil aku da kutegang2kan cadarnya di serak2kan oleh mahluk2 perosak nih.grr..

alhamdulilah, setakat ni kalu kami suma berkumpul mcm tu la tugas kami.xde sapa pun yg suruh tpi dah beso bagak ni pandai2 la bawak diri kan.

mmg ada aku dgr bila dah ramai2 ada menantu yg malas plus mengelat.pd aku, kalu da dasar malas, jgn dipelawa makan ke hapa.kalu asik nk ngadap anak je walau anak tu x heran pun @asik nk mengeram dlm bilik je suh la dia makan kt luar, kain bju hantar dobi dsbnya.org mcm tu selalu x reti hidup bermasyarakat sbb x pandai give n take.ni pendapat aku la.

taun ni mmg kami asik wat barbeque je bila org dtg.rasa mcm simple je dari nk masak berat2. lagi2 ada 2 menantu lelaki mak aku tuh.senang keje!

bukannya apa, sedaramara aku ni kekadang kejam gak.depa misti dtg makan beso kt uma mak aku dulu, bergoss smpai panas b***ot baru la gerak ke uma makcik aku yg lain.agak sbb kami mmg rapat dri kecik plus mak aku ni mmg tempat depa mengadu masalah, tu yg jadi macam tu.seronokk,bergoss smbil makan ice cream.


ni adik aku amat yg masih single.umur da 30.haha..harap hensem je tpi jodohnya liat sket.kumpul duit la bnyak2 woii..bnyk sket nanti collection anak2 akak.

sori la kami dah ramai2 org dtg smpai lupa nk ambik gambo ikut family.xpe aidiladha nanti ada masa lagi.itu je kenangan raya 2008.raya 2010 kang baru dpt berkumpul semula 4 beradik mcm ni.harap2 masa tu, dah ada la menantu baru atau cucu2 yg baru.
selamat hari raya aidilfitri.maaf zahir batin.alif, yaya, ilham, ikhwan

Thursday, October 09, 2008

Cuti raya yg lama

aku masih cuti raya lagi.walau aku ada keje nk buat : mengupdate nota topik 4 aku tpi aku malasssss nk m****s nk buat. keje aku ialah bergumpal dgn mahluk 2 org ni.

ada muka aku x bila aku pakaikan diorg tudung?alif cukup marah bila tgk gambo2 ni.tpi aku suka.comell.


bila time cuti2 malaysia ni, plg seronok ialah g jejalan.tpi memandangkan mgu dpn aku nk bercuti ke sabah, so stok duit tu mmg la x boleh nk kuusik langsung!haha..

so tau la, bila duduk uma, benda plg malas yg aku buat ialah masak.cukup2 la aku mmg xde chemistry org kata dgn kuali n periuk tu.x suka btl.sbb tu aku kagum dgn org yg pandai masak.zie, zira, sydde, intan suma main masak campak2 tpi hasilnya awesome.kalu aku masak main campak2 mmg la hasilnya ??aku sndri nk makan pun x lalu.

so bila dah malas nk masak, mmg la kena heret mkn kt luar kan.sbb aku yg ajak, so aku la yg kena belanja.xpe..
huh sungguh la aku buhsannya..nk g beraya pon suma member2 x balik lagi.maklumlah, member aku suma org jauh.so jgn harap la suma nk blk cepat time ni.

nanti aku upload la gambo raya kami..

Monday, October 06, 2008

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya.Dah seminggu aidilfitri berlalu.dah sebulan aku rasa tak update blog.busy mcm nak rak smpai sakit belakang.aku sibuk nk habiskan silibus paper aku sbb naik raya kang aku kena ganti lak member aku bersalin.dari skrg cuma ajar 12 jam per week dah jadi 18 jam.pengsan!

Cuti raya ni plg best la.kami je cuti plg lama, 2 minggu..ni aku kt uma mak lagi, ptg kang baru nk balik melaka.sian lak kucing2 aku tu, dah seminggu x makan.ada bnyk kenangan raya 2008 ni, adik beradik aku suma turn balik bp.riuh rendah smpai rasa nk pecah je uma mak.rasa mcm nk kena tambah lagi setingkat je uma ni..4 bilik pun x cukup.

nanti aku citer lagi la.ada 5 hari lagi cuti aku.kalu sempat aku update lagi.biasa la time2 cuti ni aku sibuk update nota FA aku je.

so utk kawan2 rapat aku semua : zira, ina, ayu, norizan, nora, norma, zie, pinky, nely, julie,
aku mohon ampun maaf zahir & batin jika sepanjang persahabatan kita (ada yg lebih 25 tahun kenal) ada kata2 atau gurau aku yg terkasar.jemput la dtg ke rumah (sori norizan, raya ke 5 aku kt bp lagi).

jadi ke kurik kendi melaka korang ni???????????