Thursday, September 18, 2008

Jumaat - 19 ramadhan

aku plg suka ari jumaat..penghulu segala hari.

kenapa jumaat tu best?

1. aku nikah ngan alif dulu ari jumaat-1/11
2. aku lahirkan ilham n ikhwan pun ari jumaat - 16/5 dan 6/4
3. ari ni last day keje so x sabau nk tgu weekend
4. ari jumaat slalu students aku dlm mood nk blk kampung, so aku slalu habiskan kelas cepat.
(ajar lama pun x guna, sbb depa da x boleh terima dah)
5. apa lagi ek?oh aku tau, sbb mlm tadi malam jumaat.hahaha

ari jumaat aku slalunya bermula dgn benda yg best2.kalu ada yg metensenkan aku pun aku akan pastikan waktu ptg tu aku da dlm mood normal balik.kalu x weekend aku misti aku bantai membuta je.

so ari ni sumanya ok.kami x blk bp mgu ni sbb mak aku kononnya nk datang sini.ntah jadi ke tidak.mlm ni aku dah janji ngan ilham nk ajak dia main bunga api..oh bestnya la..

Sunday, September 14, 2008

15 ramadhan 1429

dah 15 ramadhan dah kita ek..kejap je masa berlalu.

aku tinggal lagi 2 minggu je keje.pastu cuti raya 2 minggu.bestnya..

so apa update aku da 2 minggu puasa ni?

1. aku masih lum beli bju raya aku.malas tul aku nk pk.bju budak2 ni pun lum beli lagi.sluar je yg dah beli.bukan apa, aku takut kang beli awal pastu raya dah x muat.mcm taun lepas, ilham pakai bju raya dia sekejap je, pastu perut memasing dah buncit.

2. keje makin ari makin bertimbun.x tau la apsal.padahal rutin dia sama je.bila keje dah bnyk, tensen pun makin bertambah le.

3. lagu raya dah ada..aduhai, pagi td kt sinar, dia dah stat main lagu raya.pulak tu masa aku dgr tu lagu m.nasir, satu hari di hari raya.ohh syahdu beb!

4. kain n suar aku dah makin longgar.wahh..harap2 bnyk la turun berat bdn aku nih.

5. mak aku da stat tinggal sorang balik.ari tu kami dah hntr balik maid dia.cukup la setaun je servis.lagi menyusahkan je bila dia ada.so bila mak da tgl sorang, tanggungjawab aku la blk bp setiap minggu.

6. aku pelik la, semenjak bulan posa ni, kasut2 aku suma problem.berbunyi la, dah x stabil la.padahal lum smpai setaun lagi.muskil tul.xkan la dah kurus kaki makin beso kot?

7.tanakwagu aku, c ilham n ikhwan tu ya allahh ya karim, ligatnya..setiap malam ada je aksi ngeri yg diaorg buat,smpai aku jadi takut.bio beno la depa ni.agak betul la org kata, bulan ramadhan mmg bnyk dugaan.dugaan aku tu la anak2 aku nih.

pasal amal ibadah, xyah la aku bgtau progressnya ek.buat malu jo..

so esok 16/9, ada ke kerajaan baru nk tubuh?

Tuesday, September 09, 2008

5S - baik @ menyusahkan aku?

kami ni tgh sibuk pasal 5S.kome tau x apa tuh?


haa.. tu la amalan budaya kerja org jepun.aku rasa sapa yg keje kt kilang2 beso mcm Proton misti dah gunapakai 5S ni.even pejabat2 gomen pun skrg dan bnyk implement 5s.kami bru nk wat.dah nama bru nk mula patut buat la sikit2, ni suma nk ikut SPACE, UTM tu.


5S tu stand for :


1. SEISI - SISIH

2. SEITON - SUSUN

3. SEISO - SAPU

4. SEIKETSU - SERAGAM

5. SHITSUKE - SENTIASA AMAL


terbelit x lidah?hehe.senang citer, ko kena kemas opis ko ikut standard 5S ni. pastu nanti ada org audit.mcm ISO gak.sapatah auditor dia-NPC ke hapa.


isk..aku ni time nk ngemas ruang kerja aku ikut cara org la yg plg aku malas.ok, tgk ek:


atas meja : ada PC je + gambo hiasan xleh lebih 3 keping

pedestal : ada tray je (kena tulis in /out)
buku2 kena letak kt dalam tpi misti susun

rak : letak file

drawer :
1st drawer - stationaries
2nd drawer - personal stuff
3rd " - recycle papers

-semua stationaries misti x lebih dari 2 warna tiap satu-

aduhaiiiii.. gile kemas.mana la aku nk humban asignment2 student nih.penin la haku.

dahla keje tgh menimbun skrg.kuiz, ujian lagi nk tanda.aduhai..17/9 ni NPC nk dtg audit.bos aku dah kuar memo mcm2 nk kena buat.x de keje ke depa ni?

aku dpt tau, SPACE, UTM pun buat 5s utk ruang admin je.ruang and bilik pensyarah diaorg x berani kacau.ni kami, suma nk di5skan, dari toilet, tangga, pejabat pensyarah, hinggalah ke tong sampah.hiks!

5s oh 5s..


Monday, September 08, 2008

09 September

Ari ni 09.09.08 bersamaan dengan 09 ramadhan 1429 hijrah.

ohh aku dah lama x update.stremyx kt uma tu rosak, aku rasa kena panah petir(tapi alif kata x). kt opis wireless ni mcm begong plus dgn keje 5S ni so aku malas betul nk mengupdate.

tiba2 pagi tadi bertalu2 msg dari ahli famili aku mengingatkan ari ni adalah birthday flower of the torns kami, aisyaa zahraa.

aisya zahraa akhdiat.

tu anak kedua abg aku, satu2 nya cucu pompuan mak aku.hmm, nama je pompuan tpi perangai masyaallah lasak dan ganaznya mcm jantan!

disebabkan dialah yg anak daranya, maka kami mak2 sedara ni slalulah belikan dia gaun la bju kurung la atau apa2 yg bersifat feminin.tpi malangnya, segala gaun ke bju kurung ke suma dia xnak pakai.sluar pendek gak yg dia nak.hehe..

aisyaa ni mengingatkan aku masa aku kecik dulu.aku pon dulu lasak nauzubillah.maklumlah, aku diapit oleh abg aku dan adik aku, amat.sama mcm aisya.so ko tau la cmna kan.mainan aku xde anak patung, suma keta, kayu, batu, panjat pokok dan main lumba lari.huh!(penatnya la mak aku masa tu ek)

hmm, kalu suma 6 cucu mak aku berkumpul, ketuanya mmg x lain bukan aisyaa.sore dia bila menjerit mmg boleh tembus dari tinge kanan ke tinge kiri.aku n intan slalu dgki dia ni, plg suka buat dia merajuk sbb nanti bio dia kena belasah dgn ata dia(abg aku).hahaha..(abg aku slalu menangkan dia)

abg aku mmg la manjakan dia.maklumlah anak pompuan sorang.kebetulan muka pun sama.tu yg plg lawakkkkkkkk.(nanti aku letak gambo dia berdua, sebijik.cuma aisyaa putih melepak)

so aisyaa, happy 4th birhday!kang raya kang makngah bagi la hadiah echah tu yek!

Wednesday, September 03, 2008

Bajet 2009

Akhirnya aku dpt dgr gak bajet ni alive!kalu x ada je halangan dan rintangannya.

ya..seperti yg dijangka kami mmg dpt bonus taun ni.alhamdulillah.

dan yg paling gembirakan hatiku adalah ni :

"PADA MASA INI, KAKITANGAN KERAJAAN DIBERI KEMUDAHAN TAMBANG PERGI BALIK PERCUMA SEKALI DALAM TEMPOH DUA TAHUN UNTUK MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL, IAITU DI ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH SERTA SARAWAK* BAGI MENGERATKAN SILATURAHIM KELUARGA, KEMUDAHAN INI AKAN DIBERIKAN SETIAP TAHUN, MULAI 1 JANUARI 2009* "

wahh sungguh la bestnya sebab alif akan dpt tiket waran setahun sekali instead dari 2 taun sekali sekrang.

fyi, kami penjawat awam yg bekerja di sabah/sarawak atau viceversa akan dpt tiket free utk balik ke wilayah asal.mcm aku masa keje kt kk dulu dpt la tiket free nk balik ke sini, so skrg alif lak yg dpt.satu family tau, naik MAS lagi.

ckp pasal blk kampung ni, aku mmg ckp betula bila time nk blk tambunan, mmg la bnyk gak berhabis.ko byg la naik MAS, return tiket dewasa rm700.dulu masa xde aasia, mmg semput gak time nk balik.ni bila dah ada aasia, best sket la.kalu ada promo boleh dpt return tiket dewasa rm150. lega den.mmg polisi kami mmg kena balik sabah 2x setahun.kalu x mamatua ilham akan asik tanya je bila nk blk kampung.

so skrg, senang, sekali boleh naik MAS, sekali naik AASIA.aku sukaaaaaa..Hidup PAKlah.

apapun, pasal bonus lak, aku plg x suka bila org dok beso2 kan isu nih.sian la kami penjawat awam ni.dpt bonus cuma sbulan gaji je, compare dgn swasta atau semi governmet dpt smpai 6 bulan gaji.dulu cousin aku slalu bising bila aku dpt bonus, tapi ada skali tu bila tesco bg dia bonus rm12,000 trus aku ceramah ngan dia mcm2.rasainnnn..

so di bulan ramadhan almubarak ni, marilah kita sama2 bermaaf-maafan.di kesempatan ni gak aku nk minta maaf kalu tulisan aku dulu2 ada yg terasa ke makan hati ke merajuk ke.atau ada perbuatan aku dulu2 yg buat org marah, aku minta maaf sgt2.biarlah ramadhan kali ni, menjadi titik perubahan utk satu hijrah yg lebih baik.insyaallah.