Sunday, March 29, 2009

Dia

weekend memang hari outing sedunia.kalu kami x ke mana2, samada aku akan kemas uma x henti2 sampai alif tensen atau anak2 aku akan menjerit2 "nak jalan, nak jalan" sampai aku lak geram.so senang citer, kami mmg akan berjalan punye.

kami mkn kt beriani gam di tesco.rasa bangga la sbb kedai beriani gam yg kt uma mak aku tu ada branch kt melaka. hebat la owner dia.sekarang nk mkn kt luar da senang (maksud aku mkn nasi, sebab aku misti cari nasi), mcm2 kedai ada, kluang station, old town, indori, rengit house, nasi ayam linda etc.aku suma masuk kecuali mamak.isk x sanggup den

nk jadi citer aku terjumpa member lama aku kt situ.member baik aku zaman masters dulu, non. aduhai, tanpa pk panjang, aku trus heret dia balik uma.bukan senang aku nk jumpa dia, walau dia duduk kt batu pahat!

sebenonya aku nk share ketabahan noni @ non. dia sebaya aku, masih cantik dan kecik molek.kami baik sebab kami sama2 duduk luar ketika buat M Ed dulu.org lain suma dok asrama. setiap hari dia akan tumpang keta aku, dan setiap hari kami akan share citer, perasaan dan harapan.


non kawin ketika kami masih belaja lagi.tapi sayangnya, suami dia (pun kawan aku jugak) meninggal dunia 3 taun yg lalu. ko bygkan, waktu tu non sedang mengandung 5 bulan anak ke3.

arwah aca meninggal pada subuh jumaat.betul2 ketika non kejutkan dia utk bangun subuh, arwah mengadu sakit dada dan terus meninggal. Post mortem report kata arwah kena stroke walau sebelum ni arwah x pernah sakit dada atau jantung. Tapi itulah janji Allah, jodoh, ajal & maut suma di bawah ketentuanNya. Ari tu jugak kebetulan aku sibuk yg amat, tapi aku gagahkan diri aku, pecut balik bp utk jumpa non. aku rasa aku drive masa tu lebih 120km (laju la bg aku)

Dia memang perempuan yg kuat.ketika tok imam tanya bila nk kebumi, dia dgn tenang boleh jawab "lepas solat jumaat". andai aku di tempat dia, aku misti x keruan.misti da hilang ingatan.

aku masih ingat, ketika jenazah arwah tiba di rumah, anak non yg sulung, Amir (5 taun) duduk di sebelah jenazah bapanya smbil main kereta mainan. masa tu air mata aku x dpt nk tahan2 lagi sbb aku membayangkan kalu la Amir tu anak aku Ilham. Bila nak balik, aku dakap Non kuat2, aku peluk suma anak2 dia. Non tetap tenang.

kini da 3 taun berlalu, lepas arwah pegi, non ada call aku, citer pasal dirinya yg sunyi, anak2 yg kerap bertanyakan arwah, dan kesedihan hatinya. aku mmg bnyk nasihatkan dia utk kuat demi anak2.non mmg bertuah sbb dia dikelilingi 7 adik beradik yg suma lelaki. dan yg penting, dia yang aku kenal memang survivor.


aku masih ingat masa aku form 5, mak aku selalu pesan, kita org pompuan ni misti ada keje dan misti pandai drive.kalu ada degree lagi baik.pesan mak lagi, nanti bila dah kawin, kalu jadi apa2 pada husband, contohnya sakit ke meninggal, kita boleh survive.

dan contoh terdekat ialah dia, mak aku.arwah ayah aku pegi masa umur dia 43 taun.aku baru form 4. masa tu mmg aku kagum dgn dia.sbb dia boleh manage family kami dgn baik. bila aku tgk mak aku (yg dtg dari family susah) boleh ada degree, boleh drive, kenapa lak aku yg dtg dari family yg senang x boleh setanding dia...dan sekarang, bila mak da 62 taun, masih gagah lagi drive dari bp ke melaka.alhamdulillah.

aku bnyk citer dgn non pasal mak aku.dan apa yg dia alami mungkin sama dgn mak aku.cuma non masih muda (31 taun) ketika arwah pergi. dan dia sedang mengandung ketika suaminya tiada. Ya allah, kuatkah aku kalu aku diduga sebegini?

kami sembang2 walaupun cuma 4 jam tapi kesannya berbekas di hati. Aku lihat dia x berubah mcm 9 taun yang dulu, cuma dia nampak sunyi. Waktu aku peluk dia sebelum berpisah, aku sempat pesan, supaya dia kawin andai jodoh lain dtg.
Memang benar janji Allah pada hambanya, jodoh & ajal itu tidak akan akan tercepat, tidak akan terlambat!

Tuesday, March 24, 2009

Mood gumbira..

aku masih di awang-awangan. sejak 2 minggu lepas aku berada dlm mood happy, suka dan gumbira.hahaha, even da naik keje ni pon aku mcm x jejak kaki lagi ke bumi.

aku x pasti la kenapa, tapi aku rasa la misti angkara :

1. aku dpt hadiah, cincin beb! (sori le, aku masih excited)
2. poli cuti last week, so aku bebas lecture.g opis hanya utk attend kursus, check surat, marking test students + buat2 sibuk.best sungguh.

3. cuti skolah - ilham aku pos ke bangi uma abg aku.so aku free utk check homework dia (gila banyak h/work budak tadika skrg, smpai 4, 5 w/book tiap2 mlm)

melihat anak2 gembira, hati pon jadi senang

4. aku cuti 2 hari sbb nk hadirkan diri ke gathering family aku (bila lagi selain hari raya?)


akhirnya lepas berhempas pulas cari tempat & masa yg sesuai, ni la tempat gathering kami. aku no komen la makan kt sini, cuma tempat ni sesuai la utk family aku yg ramai kanak2 ribena ni.(budak2 ni jenis yg x reti dok diam, lari sana, sini seolah2 kalu pasu kt sini pecah, mak ayah dia mmg no hal punyalah)

sebahagian family aku, ada 14 org sumanya, bulan 8 kang baru jadi 15.lukman & syarifah tiada dlm gambo sbb depa cameraman

ilham & aisya zahraa
aku bersama kak ipar aku merangkap penaja kami pd majlis kali ni. thanx a lot.(mcm nak menangis aku tgk bil dia, haha)

mak bersama 6 cucunda, aisya seperti biasa, time ambik gambo ramai2 mmg hampeh

aku, birthday girl & intan

bakal pengantin (1/8/09) merangkap penaja utk gathering seterusnya

sebenonya gathering tu sbb nak meraikan ulangtahun mak aku yg ke 62 tahun (23/3/47) dan adik aku yg hensem tu yg ke 31 tahun (17/3/78). alhamdulillah, bila suma dah berkumpul, bergelak ketawa, sembang2, rasa bahagia tu menular smpai ke tulang sum sum rasanya.
ada bnyk lagi siri gathering akan dibuat.bukannya apa, kdg2 bila jumpa time raya je, rasa mcm jauh hubungan tu.dpt 2 bulan sekali mcm gini, seronok jugak.
ohh..bila la kaki aku nk jejak ke bumi ni.

Sunday, March 15, 2009

Cuti sekolah, yeah!!

Cuti skolah da start.kali ni cuti semester poli pun sama dgn cuti skolah.seminggu je.dan kali ni cuti semester kami kena keje..best rupanya keje waktu student xde ni, lepakkkk gile!


kalu cuti skolah aku mmg eksport ilham ke uma mak aku.tpi kali ni, aku hntr dua2 ke uma abg aku kt Bangi.Bagi depa hirup angin Bangi lak.

cuti ni aku xdak idea nk g mana, plus ada sket reno aku nk wat kt uma aku, so rasa xyah la nk gerak mana2.ari tu ingat nk bwk budak2 ni g tgk Upin&Ipin masa cuti skolah, tpi sbb aku da x sabau sgt, 1st week opening aku da heret depa g tgk.

nasib baik budak2 ni ok, c ikhwan smpai skrg pantang aku sebut perkataan betul , misti dia sambung..lawak gile.

disebabkan x tau nk g mana, aku g uma abg aku je la.mgu dpn, lepak lak uma adik aku.senang.. so semalam, da suma berkumpul, kami ke alamanda.aku mmg x pernah umur jejak situ. kalu nk g, mmg kena bwk abg atau adik aku, nk g sendiri mmg aku x reti.hehe..

tak sangka lak, ada rezeki menanti di sana...

ada sale rupanya kt situ.mana?tu kt signage atas tu.hehe, dan bestnya abg aku siap belanja lak kami kt situ.wahh, apalagi, sakan la kami memilih.

ikhwan tensen tgu aku buat pilihan, nak cincin ke gelang ek? aku mcm hapa excited, sbb 1st time ok ada org sudi nk belanja aku brg kemas selain laki aku sendiri.



lama sungguh kami menunggu pak habib ni nk mengira..gitu gini, alhamdulillah, berjaya gak aku memilih 2 bentuk cincin emas yang amat cantikk..thanks le diat n tini ye, ada rezeki lagi, belikan i gelang emas lak ye..huhu..

kami makan di lemongrass cafe ke hapa nama tmpt tu.mcm hampeh je sbb bnyk benda da habis. tgk le budak2 ni, time makan gak nk dirasmikan work book yg baru dibeli. siap gaduh2 lagi..

itu je la update semalam.oh lupa, aku siap terjumpa manja lagi kt situ. jodoh ke tu norizan?hehe..