Sunday, March 29, 2009

Dia

weekend memang hari outing sedunia.kalu kami x ke mana2, samada aku akan kemas uma x henti2 sampai alif tensen atau anak2 aku akan menjerit2 "nak jalan, nak jalan" sampai aku lak geram.so senang citer, kami mmg akan berjalan punye.

kami mkn kt beriani gam di tesco.rasa bangga la sbb kedai beriani gam yg kt uma mak aku tu ada branch kt melaka. hebat la owner dia.sekarang nk mkn kt luar da senang (maksud aku mkn nasi, sebab aku misti cari nasi), mcm2 kedai ada, kluang station, old town, indori, rengit house, nasi ayam linda etc.aku suma masuk kecuali mamak.isk x sanggup den

nk jadi citer aku terjumpa member lama aku kt situ.member baik aku zaman masters dulu, non. aduhai, tanpa pk panjang, aku trus heret dia balik uma.bukan senang aku nk jumpa dia, walau dia duduk kt batu pahat!

sebenonya aku nk share ketabahan noni @ non. dia sebaya aku, masih cantik dan kecik molek.kami baik sebab kami sama2 duduk luar ketika buat M Ed dulu.org lain suma dok asrama. setiap hari dia akan tumpang keta aku, dan setiap hari kami akan share citer, perasaan dan harapan.


non kawin ketika kami masih belaja lagi.tapi sayangnya, suami dia (pun kawan aku jugak) meninggal dunia 3 taun yg lalu. ko bygkan, waktu tu non sedang mengandung 5 bulan anak ke3.

arwah aca meninggal pada subuh jumaat.betul2 ketika non kejutkan dia utk bangun subuh, arwah mengadu sakit dada dan terus meninggal. Post mortem report kata arwah kena stroke walau sebelum ni arwah x pernah sakit dada atau jantung. Tapi itulah janji Allah, jodoh, ajal & maut suma di bawah ketentuanNya. Ari tu jugak kebetulan aku sibuk yg amat, tapi aku gagahkan diri aku, pecut balik bp utk jumpa non. aku rasa aku drive masa tu lebih 120km (laju la bg aku)

Dia memang perempuan yg kuat.ketika tok imam tanya bila nk kebumi, dia dgn tenang boleh jawab "lepas solat jumaat". andai aku di tempat dia, aku misti x keruan.misti da hilang ingatan.

aku masih ingat, ketika jenazah arwah tiba di rumah, anak non yg sulung, Amir (5 taun) duduk di sebelah jenazah bapanya smbil main kereta mainan. masa tu air mata aku x dpt nk tahan2 lagi sbb aku membayangkan kalu la Amir tu anak aku Ilham. Bila nak balik, aku dakap Non kuat2, aku peluk suma anak2 dia. Non tetap tenang.

kini da 3 taun berlalu, lepas arwah pegi, non ada call aku, citer pasal dirinya yg sunyi, anak2 yg kerap bertanyakan arwah, dan kesedihan hatinya. aku mmg bnyk nasihatkan dia utk kuat demi anak2.non mmg bertuah sbb dia dikelilingi 7 adik beradik yg suma lelaki. dan yg penting, dia yang aku kenal memang survivor.


aku masih ingat masa aku form 5, mak aku selalu pesan, kita org pompuan ni misti ada keje dan misti pandai drive.kalu ada degree lagi baik.pesan mak lagi, nanti bila dah kawin, kalu jadi apa2 pada husband, contohnya sakit ke meninggal, kita boleh survive.

dan contoh terdekat ialah dia, mak aku.arwah ayah aku pegi masa umur dia 43 taun.aku baru form 4. masa tu mmg aku kagum dgn dia.sbb dia boleh manage family kami dgn baik. bila aku tgk mak aku (yg dtg dari family susah) boleh ada degree, boleh drive, kenapa lak aku yg dtg dari family yg senang x boleh setanding dia...dan sekarang, bila mak da 62 taun, masih gagah lagi drive dari bp ke melaka.alhamdulillah.

aku bnyk citer dgn non pasal mak aku.dan apa yg dia alami mungkin sama dgn mak aku.cuma non masih muda (31 taun) ketika arwah pergi. dan dia sedang mengandung ketika suaminya tiada. Ya allah, kuatkah aku kalu aku diduga sebegini?

kami sembang2 walaupun cuma 4 jam tapi kesannya berbekas di hati. Aku lihat dia x berubah mcm 9 taun yang dulu, cuma dia nampak sunyi. Waktu aku peluk dia sebelum berpisah, aku sempat pesan, supaya dia kawin andai jodoh lain dtg.
Memang benar janji Allah pada hambanya, jodoh & ajal itu tidak akan akan tercepat, tidak akan terlambat!

4 love me.hate me:

!Nt4N said...

sedih :(

semoga kaknoni tabah

mmg betul kata mak tu "kita org pompuan ni misti ada keje dan misti pandai drive"

mak adalah contoh yg terbaik!

Chenta said...

Terpancar ketabahan & kekuatan dlm diri Non sewaktu merenung gambar dia bersama anak2nya.

sayu dan trharu membaca kisah Non. Sebenarnya sejauh manakah prjalanan hidup ini dan sehingga manakah dugaan itu dtg melanda..?? Semuanya rahsia Allah.

Suria,
masa baru berkenalan ngan abg zul, dia selalu cerita tntg kehebatan kesemua ibu saudaranya. Semuanya baik dan ikhlas menyayanginya..

Cnth terbaik Mak awk . Bila k.linda mendengar sendiri segala kepayahan dan "kesabaran" dia mmbesarkan anak-anaknya tanpa suami disisi... Oh ! sngat mengagumkan.. ketabahan & kekuatannya "SANGAT BESAR" berbanding tubuhnya yang kecil...

ya2 said...

kak linda,

mmg tuhan tu menduga hambanya berdasarkan kekuatan iman hambanya juga.

mak dan non memang insan yang kuat, insan yang tabah.kita kalu ingat non, misti kita akan nampak mak kita dalam diri dia.

betul awak kata, kekuatan mereka sgt besar berbanding badan mereka yg kecik molek!

mampukah kita diduga sebegini?

Atuk said...

Semoga Noni bertemu jodoh lagi dengan orang yang ikhlas dan sanggup menyayanginya dan anak2nya. Itu sangat penting untuk kebahagiaan anak2nya.Bagi seorang ibu anak itu adalah lebih penting dari segala2nya. Ada juga orang kawin lagi tanpa memikirkan anak2, akibatnya .....Kata Nabil Lu fikirlah sendiri...