Monday, November 10, 2008

Akhirnya..

semalam waktu sebelum magrib tu mak ada bgtau satu berita baik.

"Ayah Sh. Fatimah da bagi green light kt amat, so amat kata kita dah boleh masuk meminang"

hohoho..meminang....ni kira berita sgt gembira bagi aku dan seluruh ahli keluarga kami.setelah sekian lama, akhirnya pak arab ni setuju gak terima adik aku jadi menantu@anak hantu.hahaha

sebenonya kisah cinta adik aku ni pd aku mmg la tragik.kdg2 rasa mcm drama swasta kt tv lak.bayangkan la, berkawan stat ambik diploma dulu kt ITM manjong smbung smpai la buat degree kt UITM Shah Alam dan sambung lagi hinggala sekarang.campur tolak adala lebih 10 taun kawan.

bg keluarga aku, Sh Fatimah tu betul2 la menantu pilihan.selain berbudi bahasa, warak, dia mmg la cantik.maklumla jenis arab putih melepak ni.bonus bagi aku sbb dia kaya.eseh..

tpi bg keluarga belah sana lak, adik aku ni x setaraf depa la.PAk Sheikh tu pernah bgtau amat, dia hanya nak Syed/Sheik saja jadi menantu dia.sbb depa ni keturunan nabi muhammad.adik aku, ahmad nazman hj. abd. malek tu bukan keturunan nabi.cett..tapi masa tu adik aku ni pun jahat, ada ke dia balas balik, kami keturunan nabi adam.tu yg Pak Sheikh tu lagi begang!

tpi walau bnyk mana rintangan pun, aku respek kt dua2 pihak ni.mcm amat, setiap kali dating, misti datang uma Pak Arab tu minta kebenaran nk g jalan.dan bg Sh. Fatimah lak, apa2 hal akan call mak aku utk tau info terkini tentang org tua tu.dan plg dasyat da bnyk kali mereka nk berpisah sbb dah x tahan dgn PAk Arab tu tpi masih lagi kembali sbb rasa sayang tu da lama mengikat depa.cewahh..

aku slalu gak tanya dgn kwn2 arab aku, kenapa susah sgt Pak Arab nk terima menantu melayu?

dan kebanyakannya menjawab:
1. Melayu bukan keturunan nabi
2. Syed/Sheikh lagi baik dari Melayu
3. Pak Arab rela anak pompuannya x kawin lgsung dari kawin dgn dgn melayu.
4. Org melayu bnyk bidaah. suka buat kenduri.org arab kenduri time mati n kawin je.org melayu beranak kenduri, potong jambul, akikah, sunat sum ank kenduri.masa ni aku ingat lagi, akak arab ni siap boleh nk tinggi2kan sore lagi ngan aku.tpi aku jawab senang je.org melayu suka sedekah.bila buat kenduri, kita sedekah kt org.sedekah jariah kan boleh tolong kita nanti.

huh.begitula.aku pon x boleh komen sgt.nanti bila Sharifah tu dah jadi adik ipar aku boleh la aku komen mcmna.

setakat ni, aku berdoa agar jodoh diaorg kuat.sian aku tgk masing2 mengharapkan buah yg x gugr.insyaallah bila jadi kendurinya taun depan, aku jemput kawan2 aku suma makan nasi beriani gam kt batu pahat!

11 love me.hate me:

Chenta said...

Suria,
Alhamdullilah..akhirnya..trajiss sungguh cinta ini dan aku rasa sungguh trharu..."berpisah takkan terpisah" cewahh. Apapun moga selamat semuanya dan berkompangle kita yek..

ya2 said...

kak linda,

wahh sungguh la terciut dgr kata2 berpisah takkan terpisah tu.haha..jiwang tuh.

harap2 la kak boleh berkompang kita taun dpn ni.mak asik risau je bila anak bujang dia nk kawin.ni dia tgh sibuk cari pasukan risikan anak arab tu.

Chenta said...

kehkehkeh..kalu nak mantapkan lagi pasukan tu, kite cadangkan semuanya naik Unntaaa..ha!ha!ha! (gelak gaya amat)

ya2 said...

kak linda,

kita gelak beso tau kt opis tdi..sbb nk gelak gaya amat.

naik unta tuh, lalalala..

Mai Okinokiyo said...

wahh finally..
ada gak kenduri penutup ni..suka sukaaa..congrats la kat amat..

tumismenumis said...

ha'aa
ada cam drama melayu la cerita dorang.
Anyway ini kiranya dah masuk level baru la ni bila dah cerita pasal pinang meminang ni.

tumismenumis said...

ha'aa.
memang ada macam drama melayu la cerita dorang.

Anyway ini kira dah masuk level baru la ni bila dah cerita pasal pinang meminang ni.

Ayu Mohamad said...

yaya,
aku pon tumpang gelak le bila baca naik unta tuh hehehehe
anyway.. kalau dah jodoh memang tak kemana...
mudah2an Allah permudahkan segala nya aminnnnnnnnnnnnnnn

Kopi Suam said...

yaya aku baca entry ko ni sebijik cara orang melaka cakap..

cakap kat dak amat tahniah lah ye sebab bakal jadi menantu@hantu pak arab..

tahniah jugak kat ko yaya sebab nak dapat adik iapr arab..sure anak diorang comel2 nanti....

ya2 said...

mazudi,

kdg2 bukan mcm drama melayu je, mcm cite hindustan pon ada.

ayu,

kita doa je la yg terbaik utk depa ek.

mai,

mmg kenduri penutup.2 yg kena buat elok2 tuh.hehe

zira,

oh dah sama ek aku cakap.biasa la aku, cepat belajau.

Norae said...

salam yaya..

wahhh.. tragis sungguh.. 10 tahun chenta terhalang.... aku doakan semoga termakbule impain adik ko beristerikan sy tu... bolehle kami menumpang makan nasi minyak.. ekekke.. :)