Monday, November 30, 2009

10 things u should know about a true blue johorean!

(aku dpt dlm webmail aku mgu lpas, gelak sakan gak baca, walau aku IC 04(melaka) tapi aku membeso 100% sbgai anak johor, layan ek, ni aku ambik je ayat asal dari member aku plus yg merah tu pengalaman aku le sendiri)

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-Ni awak punyer ekk?Nama awak saper ekk ?Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?Dan macam-macam ekk lagi.

Dulu aku kt uum pon slalu kena kutuk sbb guna ekk ni.benci je..ye lah org kedah guna ayat suma kasaq kasaq.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak pandai** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).

Kalu aku, aku cuma ckp mcm tu (ayat yg hujungnya o) bila jumpa org MUO je , hahaha, Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar), gobok dll

4. They are brash with a CRAZY sense of humour.Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak pelik with the brashness of budak-budak Johor.

mcm aku, kalu makcik2 aku yg belah segamat tu cakap lagi le kelako!aku dgn adik aku, intan, selalu terguling2 gelak kalu dgr maklong siah dgn makwe aku bersembang!

5. Diorang ada ENDUT **.Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat : Haa...kau dah ada endut ekk ?Kau pergi berendut kat mana ?Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandi. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ?

Masa aku skolah kt TMS dulu, ptg2 balik skolah misti rebut nk beli sagun.ntah apa yg best pun aku xtau tapi heaven la kalu dpt makan sagun.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat /minah Rock .

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.

sepupu aku azah pon dulu ada cita2 nk jadi minah rock, hahaha.siap minat Awie mcm hapa.

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang

Telur pindang ni mmg la keistimewaan org johor. smpai skrg pun, telo ni misti ada dlm majlis kawin. kalu aku g kenduri kt melaka ke mmg la dpt telo rebus je, kdg2 dpt le telo masin.tpi still xle calen telo pindang kami.

9. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!

TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore! Sapa yang rajin merayap Muor, nampaklaa kat kiri kanan jalan tu.

masa aku kecik pon arwah ayah aku sibuk nk pasang arial singapore.skrg mak aku pon, da ada astro pon bising suh pasang aerial singapore!

Apa lagi EKK?

ha, org johor suka bahasakan diri "kita-kita".amatla sopan santun yek.

pastu penggunaan "kamu" tu amatla jarang digunakan.sbb pd kami mcm kasar je bunyinya.

masa aku kt kedah dulu, slalu gak kecik ati bila org ckp dgn aku guna perkataan kamu. tapi lama2 da x heran la. skrg pon kt kelas aku jarang guna kamu, aku lebih suka guna awak atau korang semua.ntah apa hal pon aku x pasti.

best jadi org johor ni.bila da bergaul dgn ramai org ni, kita da boleh kenal tempat asal diaorg dari bahasa yg digunakan. mcm org melaka, depa kasaq sket, sama mcm org kedah. org kedah kebanyakkannya gelap.hehehe org perak yg aku perasan, org perak suma cantik2. x caya ko survey le kwn kita yg perakian, suma sweet je. kalu org johor selain suka ckp ada ekk tu depa pandai masal sambal tumis.gila sedap.kalu sabahan, suma sopan santun.aku x pernah jumpa org sabah kasaq. tapi kalu bajau sabah, lain le ek!

ni pengamatan aku le.lain org lain pengamatannya kan.tapi aku bangga le, lahir melaka, membeso di batu pahat(johor), belajo separuh mati kt kedah, keje kt sabah, kawin org dusun sabah dan menetap skrg kt melaka.cukup suma penjuru aku pegi.

Kamus Johor :

Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan.
Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

6 love me.hate me:

sisdee said...

hahahahhaah gelak dulu bole??

smpai skarang still guna semua perkataan2 tu (yelah dah dok pun kat jbee kan..) :)

Chenta said...

suria..

hahahaa..

aku pun gelak gile baca n3 nie..

eh , kita mintak izin amik ekk .

Mai Okinokiyo said...

bab telur pindang tu..pegi tanya mak E kenapa masa kenduri amat aritu telur masinnn ke takder lgsg hahaha kenduri am telur asin tensionn okeh...

Atuk said...

orang Pahang bahasakan engkau pada orang yang dilawan bercakap. Pertama kali jumpa orang Pahang waktu naik tg 6 dulu , terperanjat berok dan rasa benci pulak bila ada yg menegor guna perkataan engkau. Orang Johor tak gitu.. kita guna awak dan kami.... sopan gitu..

ya2 said...

to all the johorian,

org johor mmg best.ckp sopan je, kita2, awak2.

tapi org jawa johor pon kasaq mak, guna perkataan aku- ko.

mai,
masa kawin amat ari tu uteh x berapa sihat so xleh wat telor pindang.(dia kan terer)2 yg dapat telor itik je.hahaha

dayah,
walau ko g smpai ke england pon, bahasa johor tetap jadi pujaan!

kak linda,
ambik je la.dasar anak johor!hahaha

Kopi Suam said...

aku org melaka tapi sebab sekolah kat muo jadi perkataan2 orang johor tu memang aku dah biasa sangat...pastu kawin plak ngan orang muo lagi le separuh jiwaku memang milik Johor..

tapi melaka tetap di hati *wink*