tadi bru ler aku sempat tgk buletin utama sepenuhnya.maksud aku dari stat smpai le habis.selalu ada je rintangan dan halangan samada berebut channel dgn ilham atau sibuk berkarate kt dapur.
Pak Lah baru lancarkan semula kempen bumi Hijau ni, gara2 nak suh rakyat berjimat atas kenaikan harga minyak.isk..aku rasa mcm kelakar.dia kata kalu dgn tanam pokok atau sayur kt uma at least kita boleh kurangkan 20 hinggit seminggu.
hmm..aku rasa dari aku kecik kt uma aku mak da tanam mcm2 pokok.sebut je apa, cili api,pisang,serai, pandan, ,limau purut suma ada.tinggal pokok getah dan durian je dak ada.bukan uma aku je, suma uma org lain pon mcm tuh gak.yg dok kampung lagi best.mcm alif kt uma dia siap ada sawah lagi.beras seumur hidup mak mentua aku x pernah beli tau.
ni bila PM suh tanam blk pokok, aku rasa kelakar la sebab org mmg dah lama tanam pokok kt uma.unless la kalu dia suh aku tanam duit, lama2 membiak.nak gak aku buat.lagipun sayur bukan mahal beno pun, x sampai 10 hinggit aku rasa.
ckp pasal rege minyak naik ni sebenonya aku malas nk komen panjang.tapi masa baca blog sorang kawan lama, aku mmg setuju beno apa yg kawan dia cakap.
"kita jgn berkira sgt pasal minyak naik nanti Allah pun berkira gak dgn kita"
aah la.setuju betul.kawan dia tu mcm aku.aku mmg dari dulu bila harga minyak naik, aku akan kawal perbelanjaan lain kcuali belanja minyak.kalu aku berkira dgn duit minyak, nanti aku misti x nak balik bp 2 minggu sekali dan aku akan malas nk ziarah adik beradik aku.xpe la mahal sikit belanja travelling nih asal aku puas tatap wajah mak aku, bergelak ketawa dgn adik2 aku dan bermanja2 kucing dgn anak2 buah aku.benda2 suma tu mana boleh dibanding dgn setitis minyak, hatta dengan minyak gamat sekalipun.hehe..
tu pendapat aku ler ek.
so tentang kempen Pak Lah ni aku malas la nk ikut.sbb aku mmg x mkn sayur.cuma aku nk tanam pokok pisang je.lagipun aku malas nk jaga pokok..mmg dasar malas aku nih.
Sunday, June 29, 2008
Kempen Bumi Hijau
written by ya2 at 6:38 AM 7 love me.hate me
Labels: ilmu
Thursday, June 26, 2008
cuti yg panjang
aku skang tgh cuti.dulu kata bila skim gaji tukar cuti kami pun tukar ke cuti tahunan.tapi ntah ni sonyap je so kami masih cuti dikala student cuti semester.3 minggu cuti ye.jangan jeles..
ni da masuk mgu ke-2 cuti, da mcm2 benda aku buat kt uma ni.berjalan pon dah.tinggal ada beberapa tmpt yg aku nk g waktu cuti2 malaysia begini.
so bila cuti ni, aku malas le nk hapdet.nanti bila aku lapang2 hati kang aku tulis le apa yg best.
bye
written by ya2 at 12:05 AM 2 love me.hate me
Labels: cuti
Friday, June 13, 2008
Melaka yg best (part 2)
wahh..aku makin rancak mempromote negeri aku ek.
ok,selain dari tempat2 best yg dah aku cerita, ada lagi best pasal melaka nih.
apa dia tau?hah, dia ada e-aduan.ko kalu x puas hati apa2 je pasal kerajaan melaka ke kemudahan ke mbmb ke apa ke ko komplen je dlm e-aduan nih.nanti dgn pantas,pihak2 yg terlibat tu ambik tindakan.
aku pon tau sbb adik ipar aku, dia yg buat sistem ni.sbb tu mamat tu dpt bonus durian runtuh angkara e-aduan ni.
aku da komplen 3 benda dulu, dan suma tuh telah diberi perhatian sebaik2nya.
1. aku nk minta guard kt dpn taman uma aku.nama je ada post guard tpi guardnya elek. bila ada guard so mat rempits, pasangan kekasih x boleh masuk area uma aku dgn selambanya.
tindakan : aduan ini telah dipertanggungjawabkan kepada pihak polis.so polis da soalsiasat kami ari tuh dan aku amat2 puas hati sbb jkk taman aku baru ler ambik perhatian
2. aku suh jbtn haiwan melaka ni tolong la halau lembu org kampung sebelah yg suka melepak kt taman nih.akibatnya habis pantai dpn uma tu kotor dgn taik lembu.
tindakan : beberapa siri rush telah dibuat namun setiap kali rush misti lmbu2 tu xde.hampeh betul.
3.aku tlg makpah (babysitter anak aku) dapatkan bantuan jkm.sian ibu tunggal tuh.sepatutnya dia yg dpt bantuan tapi bekas suami dia lak yg rembat.
tindakan : jkm baru sahaja selesai beri dia bantuan RM190 bermula april lepas dan alhamdulillah ringan sket beban dia nk byr bil ijn utk anak dia yg sakit jantung.
so aku akan sentiasa memantau, asal ada apa je yg aku rasa x kena pasal melaka nih, siap la mereka2 yg tak buat keje tuh.
silalah layari :
http://aduan.melaka.gov.my
written by ya2 at 7:24 PM 3 love me.hate me
Labels: melaka
Fantastic Melaka!
sabtu lepas, aku telah berjaya membawa famili aku menyongket kt bandar melaka.
oh sungguh la bestnye, sbb aku x sangka melaka da membangun begitu pesat(di pandangan mata aku la) dan bnyk tempat menarik yg korang boleh pegi bercuti.(zira, mmg kita x malu la ber IC kan 04 nih)
pas naik bot,kami lunch kt lot 85. kedai mkn nih kira fames gak la kt bndar melaka ni.venue dia kt sebelah institut penguruan durian daun. tgk aku tolong promote lagi.
setelah suma kekenyangan, kami bergerak ke bandar hilir.skrg tmpt ni maju sungguh.dah ada dataran pahlawan(shoppg mall), holiday inn, carefour dan yg terbaru menara taming sari.
seperti biasa, aku kan gayat nauzubillah.time kt bwh tu berani ler cakap lebih2.bila dia da naik makin tinggi, mulalah aku terjerit2 ketakutan.ntah apa2.punye la kuat sore aku.nasib baik anak2 aku x takut, kalu x mau sore kami bertiga je yg berkumandang dlm menara tuh.hah!sapa yg x caya aku penakot tu.ni buktinya..
CM patut bg aku komisen tau.aku da tolong promotekan negeri hang tuah ni utk dia.
written by ya2 at 10:00 AM 3 love me.hate me
Labels: cuti
Wednesday, June 11, 2008
Melaka yg best
nanti ek aku citer..
ngantuk giler ni setelah pulun memarking suma paper students.
esok la aku bgtau apa yg best kt melaka nih..
tunggguuuuuuuuu
written by ya2 at 9:58 AM 3 love me.hate me
Labels: cuti
Sunday, June 08, 2008
Ilham oh ilham

ilham bila dgr atuk dia ckp mcm tuh trus la memeluk atuk dia bagai.anak aku ni mmg manja dgn mak aku.maklum la mak aku jaga dia dri dia jenguk dunia smpai la umur 3 taun.ni da 5 taun nih, kalu cuti je mmg aku eksport ke kampung. ari tuh dia da sound aku nk duduk batu pahat nak jaga atuk.cess, mcm ia je ilham.
written by ya2 at 10:14 PM 6 love me.hate me
Labels: anak
Thursday, June 05, 2008
Petrol naik lagi..
Smlm lepas jaga exam, aku dpt msg dri mak kata minyak nak naik harga lagi.Katanya PakLah tgh miting pasal subsidi minyak.aku malas nk caya, sbb ari tu dia bru announce akan naik bulan 8 kang.
Tgk2 aku smpai umah je, da kuar berita bgtau minyak naik lagi harga..petrol naik 78 sen seliter kepada RM2.70.ohho..ini sudah berat..kebetulan dua2 kete tu mmg tangki kosong so kami pun berbondong la mencari minyak.
fuhh..dari alai ke semabuk ke bandar melaka suma stesen minyak dah jammed.masa kami kuar tu da kul 7 ptg.so x leh jadi, kami balik uma dulu, lepas mkn dlm kul 9 kuar lagi.aku ajak mak aku teman.takut gak drive mlm2 ni.
jenuh gak mencari akhirnya kami sampai ke ayer keroh.aku tgk suma petronas misti jam nauuzubillah, shell, caltex, mobil x berapa ramai sgt.esso jgn citer la siap da tutup.abis minyak dah agaknya.
so kami pun queue la kt caltex dpn majistret melaka.dlm keta aku n mak aku dok musykil napa la x ramai org kt caltex nih.suma cina n india.mak aku sia cakap, ke caltex ni mmg org melayu xleh masuk.hish..manaada.tpi aku still pelik.napa ramai na g petronas.ada sale minyak ke.
at last, setelah 10 minit je beratur, dapat la kami memenuhkan tangki2 kete tu dgn minyak yg berharga LAMA.kalu dulu isi mau mkn 100, skrg aku rasa mau jejak 140 agaknya.iskk berdebar lak nk tgu minyak ni habis.
so bila dah naik rege ni, paham2 la yg akan ada brg2 lain pun naik secara mendadak.aku kan da jadi mcm hapa tau sbb ari tu kami lakibini ni dok beli stok beras, gula, susu bnyk2 sbb takut krisis makanan.itu pun sbb aku cuak bila g tesco tgk beras siap da xde stok.ntah apa2 je.
meh la kita berjimat cermat la yek.ada org mmg x kisah pun rege minyak naik,itu pun bukan sbb apa, sbb dia malas nk queue.kalu aku jadi dia pun malas sebenonya.bukan apa tau, nk kuar sorang2 tgu 4, 5 jam bahaya gak.aku pakkal suami, mak n anak ikut skali.kalu tak, x kosenya aku.
kira smlm pengalaman berharga lak bg aku sbb tgk jamm, keta beratur panjang.baru aku rasa mcmana org lain rasa bila jamm nk balik kmpg.mencabar gak.
aku x pernah umur la nak rasa jamm masa blk bp ke tambunan ke.nak g keje pun tak jamm tau.smooth je perjalanan.hebat tak hebat melaka ni..hehe..(promote beb)
so pas ni, marilah kita jadi pengguna yang bijak!recession mmg akan berlaku bila2 masa je dalam taun ni.Bersedialah.
written by ya2 at 8:12 AM 2 love me.hate me
Labels: biar betul?
Sunday, June 01, 2008
Pesta Sungai Melaka 2008




** gambar-aku ambik kt sini**
written by ya2 at 9:44 PM 8 love me.hate me
Labels: cuti
Kotobian Tadau Tagayodo Kaamatan
Selamat menyambut pesta menuai..
gitu la gamaknya translation title entry nih.
so aku nk wish la utk mentua aku dan seluruh famili kt tambunan nun.taun nih dgr citer depa cuti umum 3 hari utk kaamatan nih.
kaamatan ni adalah hari kelepasan slps menuai padi. kira perayaan utk suma pesawah setelah depa penat menanam padi, hari ni la depa nk sambut kesyukuran sbb hasil tuaian padi mereka berjaya.
masa aku dok kk dulu mmg best la kalu kaamatan nih.kt sabah, kaamatan ni disambut oleh semua manusia, xde beza ko tu dusun ke, kadazan ke, bajau ke sungai ke hapa.tu la intergrasi nasional yg susah aku nk tgk kt semenanjung nih.
masa bujang bila time cuti kaamatan ni, kami misti jalan2 kt hongkod penampang tu.tapi bila da kawin, biasanya kami blk tambunan la.sambut kt sana meriah.selain karaoke yg mmg menjadi acara wajib, biasanya depa duduk ramai2 minum tuak.
aku da 6 tahun masuk family alfred ni, da biasa dah dgn keadaan mcm tuh.setakat ni kalu depa minum tuak x pernah lagi aku tgk ada yg mabuk smpai tergolek ke meroyan ke hilang akal. nanti bila ilham n ikhwan da beso, aku mmg kena ajar bnyk mengenai budaya kami yg berbeza ni esp kalu dia tanya siapa jesus tu, dan napa uma mamatua ni bnyk na anjing?
ok la.aramaiti utk suma yg menyambut kaamatan.
written by ya2 at 8:39 AM 3 love me.hate me
Labels: mak-mamatua